Connect with us

Oh! Media

Manchester United Terus Dimalukan Selepas Terciduk 3-1 Kepada Manchester City

manchester-united-ohmedia

Oh! Arena

Manchester United Terus Dimalukan Selepas Terciduk 3-1 Kepada Manchester City

Juara bertahan EPL, Manchester City berjaya melakukan kebangkitan untuk menewaskan Manchester United 3-1 di Etihad.

ADVERTISEMENT
Rashford

Walaupun ketinggalan 1-0 menerusi jaringan dari Marcus Rashford pada minit ke-8, tuan rumah terus melakukan asakan bertali arus dengan lebih 20 percubaan ke kubu lawan.

Hasilnya pemain Kebangsaan England, Phil Foden berjaya menyumbang 2 gol pada minit ke 56 dan 80. Kedua-dua gol tersebut semestinya memberi impak kepada Andre Onana yang tangkas menjaga gawang selama 55 minit.

Foden

Penyerang berbisa, Erling Haaland memastikan 3 mata penuh menjadi milik Manchester City selepas menjaringkan gol ketiga pada masa tambahan 90 minit.

Haaland dan Foden

Kemenangan ini menyaksikan Manchester City kini berbeza 1 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool dengan 62 mata.

Kredit: 433

+ Baca respon pembaca Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas