Connect with us

Oh! Media

SM Faisal Beri Anak-Anak Kad Kredit Setiap Seorang Untuk Sekolah Dan Keperluan Diri

kad kredit anak sm faisal

Oh! Inspirasi

SM Faisal Beri Anak-Anak Kad Kredit Setiap Seorang Untuk Sekolah Dan Keperluan Diri

Ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan anak-anaknya diberi kad kredit setiap seorang untuk kegunaan persekolahan, kolej dan keperluan diri.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran itu, SM Faisal berkata, dia yakin anak-anaknya iaitu Fawwaz, Faiz dan Farhan akan menggunakan kemudahan kad kredit yang diberikan dengan baik.

SM Faisal beri kad kredit kepada anak

sm faisal

Dalam pada itu, dia juga menasihati anak-anaknya supaya bijak menyimpan dan menjadikannya sebagai satu tabiat.

Pesan Faisal, sebagai bapa, dia sentiasa ada untuk anak-anak dan mereka boleh menghubunginya bila-bila masa sahaja.

Allah loves us lots, we just gotta trust his plans. One day we will be reunited again Inshallah.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan Mahkamah Majistret diberitahu wang nafkah RM6,000 sebulan diberikan Datuk SM Faisal kepada bekas isterinya untuk menampung perbelanjaan tiga anak mereka tidak mencukupi.

Difahamkan, anak sulung mereka yang berumur 17 tahun baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Am Antarabangsa untuk Pendidikan Menengah (IGCSE).

Manakala anak kedua belajar di Tahun Lapan di sekolah menengah swasta antarabangsa di ibu negara, dan anak bongsu pada Tahun Enam di sekolah sama.

Kredit: Instagram The SMF Boys | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas