Connect with us

Oh! Media

“Saya Sangat Selesa Dan Gembira Dengan Dia” Aedy Ashraf Mahu Peminat Doakan Yang Terbaik Hubungannya Bersama Amelia Henderson

aedy ashraff

Oh! Artis

“Saya Sangat Selesa Dan Gembira Dengan Dia” Aedy Ashraf Mahu Peminat Doakan Yang Terbaik Hubungannya Bersama Amelia Henderson

Pelakon Aedy Ashraf memaklumkan rasa syukur apabila hubungannya dengan pelakon jelita, Amelia Henderson direstui peminat mereka.

ADVERTISEMENT

Menurut Aedy Ashraf, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang hubungannya bersama aktres itu dan menyerahkan kepada takdir.

Alhamdulillah saya sangat selesa dan gembira dengan dia.

Saya rasa bersyukur ada orang mendoakan yang baik-baik dan saya harapkan mereka terus doakan yang baik-baik untuk saya dan juga Amelia.

Kalau ditanya mengenai perancangan (perkahwinan) tidak ada. Setakat ini tiada, kalau ada rezeki ada dan sebaliknya.

aedy ashraf

Aedy yang ditemui ketika majlis penjenamaan semula perniagaan kentang gorengnya, Fam’Fries yang diadakan di Titiwangsa pada Ahad.

Dalam pada itu, Aedy yang hadir bagi memberi sokongan pada Amelia di Festival Filem Cannes berkata dia amat bangga dengan pencapaian pelakon jelita itu.

Sebenarnya saya hadir ke sana untuk memberikan sokongan pada Amelia kerana dia mendapat jemputan sebagai hos daripada TikTok untuk menemu bual selebriti terkenal.

Saya rasa benda itu sesuatu yang sangat besar bagi Amelia, saya gembira untuk dia. Tetapi malangnya saya tidak dapat bertemu dengan mana-mana selebriti ternama Hollywood kerana saya datang lambat sedikit.

Melihat sendiri aura di sana, macam mana mereka menghargai filem-filem luar, sangat gila. Saya nampak juga filem-filem Malaysia sampai ke sana.

Saya rasa ia pendedahan yang sangat-sangat bagus. Terutama untuk filem-filem Malaysia pada masa hadapan khasnya filem The Tiger Stripes.

Sebuah filem indie yang sampai ke sana dan menang anugerah besar, satu hal yang membanggakan.

Malah, Aedy yang berada di Festival Filem Cannes juga mengambil peluang untuk bercuti dan menjelajah ke beberapa lokasi menarik di Barcelona.

aedy ashraf

Alang-alang sudah di sana, kenapa tidak kami melancong bersama. Saya suka melancong begitu juga dengan dia.

Tiga hari di Cannes manakala empat hari di Barcelona.

Sebelum ini, pasangan selebriti ini menjadi tumpuan selepas Aedy memuat naik satu video di laman Instagramnya iaitu bercuti bersama Amelia di Barcelona.

BACA: “Mana Geram Tu Tengok Puas-Puas” – Aedy Asyraf Kongsi Video Belasah Hafidz Roshdi

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas