Connect with us

Oh! Media

Masukkan Nama Mahadi Dan Syarikatnya Dalam Senarai Amaran, Ini Penjelasan Suruhanjaya Sekuriti

mahadi

Oh! Artis

Masukkan Nama Mahadi Dan Syarikatnya Dalam Senarai Amaran, Ini Penjelasan Suruhanjaya Sekuriti

Nama Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, suami kepada Heliza Helmi sebelum ini sekali lagi menjadi kecoh selepas syarikatnya dimasukkan dalam senarai amaran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

ADVERTISEMENT

Mahadi kemudian mengakui dirinya terkejut dengan berita ini dan menafikan berlaku sebarang penipuan dalam perniagaannya. Untuk tindakan lanjut, Mahadi menyatakan dia akan ke SC untuk meminta penjelasan bagi membersihkan namanya.

BACA: Suami Heliza Helmi Terkejut Tiba-Tiba Nama Dan Syarikat Kena Petik Dengan Suruhanjaya Sekuriti

Bagaimanapun, SC dalam satu kenyataan menjelaskan tindakan itu dilakukan selepas mendapati syarikat AUF MBZ Consortium Plt milik Mahadi telah menjalankan urusan perniagaan dalam aktiviti terkawal dengan mempromosi saham syarikat awam tetapi tidak tersenarai (unlisted public company atau UPC), tanpa memegang lesen daripada SC.

Oleh demikian, nama dan syarikat berkenaan telah dimasukkan dalam Senarai Peringatan Pelabur. Melalui senarai ini, pihak awam boleh mengenal pasti sama ada individu dan/atau entiti berlesen atau berdaftar untuk menawarkan, mempromosikan, atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.

Dalam pada itu, pihak SC mengeluarkan senarai itu selepas mendapat aduan dan laporan daripada orang awam berkenaan aktiviti pelaburan yang dilakukan syarikat milik Mahadi.

SC mengambil serius semua aduan yang dikemukakan dan kekal komited dalam melaksanakan kuasa berkanunnya termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan, sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang sekuriti dalam menegakkan integriti pasaran modal termasuk menjaga kepentingan pelabur.

Dengan kata lain, SC hanya ingin memastikan masyarakat tidak tertipu dengan mana-mana saham yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Apapun, korang boleh lakukan semakan terus di laman web https://www.sc.com.my/investment-checker.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas