Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tumbuk Pekerja 7E Bagi Alasan Masih Bujang Untuk Kurangkan Ikat Jamin

pekerja 7e

Oh! Tidak

Lelaki Tumbuk Pekerja 7E Bagi Alasan Masih Bujang Untuk Kurangkan Ikat Jamin

Boleh pakai ke alasan tu? Boleh pula dia mengaku tidak bersalah selepas terang-terang ada video muka dia buat semua benda tu. Ohmedia sebelum ni pun ada kongsi video jelas menunjukkan lelaki ni tumbuk pekerja 7E siap ajal selfie lagi tu.

ADVERTISEMENT

Tertuduh mengaku tak bersalah tumbuk pekerja 7E…

Tertuduh yang dikenali sebagai Divagaran Uthaya Sooriyam berusia 32 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi. Dia yang merupakan seorang penyelia di tapak pembinaan didapati mendatangkan kecederaan ke atas seorang lelaki berusia 18 tahun.

Kejadian berlaku di Ecohill Taipan, Semenyih Hula Langat jam 5 pagi pada 20 Jun lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda.

pekerja 7e

Timbalan Pendakwa Raya, Situ Nur Liyana kemudian meletakkan RM8,000 sebagai ikat jamin dengan seorang penjamin. Tertuduh juga tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Tawaran jaminan agak tinggi dan mohon jaminan serendahnya dikenakan. Anak guam sebagai satu-satunya anak lelaki perlu menjaga ibu bapa.

Selain bergaji tidak tetap antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan. Turut mempunyai komitmen bayaran bulanan kereta serta rumah masing-masing RM500. – Kata peguam kepada Diva, Vickneswari.

Timbalan Pendakwa Raya kemudian memutuskan jaminan sebanyak RM4,500 dengan seorang penjamin. 15 Ogos ini akan berlaku sebutan semula kes.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas