Connect with us

Oh! Media

“Memang Kecewa” – Kelibat Tuju Tak Nampak Di Dua Majlis MK, Noki Mengaku Hubungan Renggang

tuju mk

Oh! Artis

“Memang Kecewa” – Kelibat Tuju Tak Nampak Di Dua Majlis MK, Noki Mengaku Hubungan Renggang

Penyanyi rap MK daripada kumpulan K-Clique pada Jumaat lalu telah selamat disatukan dengan kekasih hatinya, Siti Hajaar yang berasal dari Kuantan Pahang.

ADVERTISEMENT

Majlis pernikahan dan persandingan penyanyi ini diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat tersayang.

BACA: Aksi Laga Hidung MK Dan Isteri Buat Netizen Cemburu, “Pedih Hujung-Hujung Tu”

Antara yang menjadi tumpuan adalah ahli kumpulan K-Clique yang tampil sedondon bukan di majlis nikah je, majlis resepsi pun sedondon tau!

mk

Namun, kelibat salah seorang ahli kumpulan yang tak kelihatan iaitu Tuju menimbulkan persoalan ramai. Iyalah, mereka dulu kan geng, takkan tak datang kot?

Menurut salah seorang ahli kumpulan iaitu Noki, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi ada menghantar jemputan untuk kedua-dua majlis.

Saya tak mahu fikirkan sangat tapi kalau ikut logik, dia sahabat kami yang berkawan sejak dulu sepatutnya datang.

Tambahnya, dia faham perasaan MK kerana dia sendiri kecewa apabila suami kepada Loca B itu tidak hadir pada hari bahagia sahabatnya.

Malah, Noki juga mendedahkan kali terakhir ahli kumpulan K-Clique semua berkomunikasi dengan Tuju adalah pada enam bulan lepas.

Apa yang saya boleh katakan, kami memang ada sedikit salah faham yang rasanya susah sikit nak diselesaikan.

Noki juga mengaku hubungan mereka sedikit renggang namun tak menolak jika Tuju mahu menyertai semula kumpulan itu.

Hmm, semoga segala masalah yang tercetus dapat diselesaikan segera.

Kredit: mStar | Melodi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas