Connect with us

Oh! Media

“Berusahalah Selamatkan Setiap Masjid Yang Dibana Dari Kehancuran”, Puteri Sarah Ditegur Ustaz Dusuki Kerana Berdoa Untuk Diceraikan Suami

puteri sarah

Oh! Artis

“Berusahalah Selamatkan Setiap Masjid Yang Dibana Dari Kehancuran”, Puteri Sarah Ditegur Ustaz Dusuki Kerana Berdoa Untuk Diceraikan Suami

Ustaz Ahmad Dusuki telah membuat satu perkongsian di laman Instagram miliknya iaitu menegur pelakon Puteri Sarah berkenaan kes penceraiannya bersama, Syamsul Yusof.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Dusuki memberi nasihat kepada orang ramai supaya berusaha menyelamatkan rumah tangga yang mempunyai konflik agar tidak berakhir dengan penceraian.

puteri sarah

Di dalam perkongsian itu, pendakwah tersebut juga memuat naik tangkap layar sebuah artikel berita yang menyatakan Puteri Sarah mengeluarkan kenyataan bahawa dia berdoa supaya diceraikan secepat mungkin.

Berusahalah untuk kebaikan kemudian berdoalah kepada Allah, sebaiknya berusahalah menyelamatkan setiap ‘masjid’ yang dibina dari kehancuran.

Kerana kehancuran ‘masjid’ itu memberi kejayaan kepada syaitan di atas setiap perancangan mereka, kita pula berusaha menyelamatkan binaan yang indah ini.

Malah, Ustaz Dusuki juga berpesan kepada umat islam agar tidak melayan gangguan syaitan dan emosi dalam membina keluarga mukmin.

puteri sarah

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memberi pelbagai respon berkaitan isu tersebut. Ada juga yang berkatatPuteri Sarah sudah lama berjuang berhabisan dalam mempertahankan ‘masjidnya’ bersama pengarah, Syamsul Yusof.

BACA: Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas