Connect with us

Oh! Media

“Kalau Bercampur, Sebaiknya Jangan” – Ustaz Azhar Jelaskan Hukum Mandi Di Kolam Awam

ustaz azhar idrus

Oh! Islam

“Kalau Bercampur, Sebaiknya Jangan” – Ustaz Azhar Jelaskan Hukum Mandi Di Kolam Awam

Bila tiba musim cuti sekolah, ramai ibu bapa mengambil peluang bercuti bersama anak-anak menginap di hotel. Ada juga ke taman tema air atau tempat tarikan yang mesra kanak-kanak seperti kolam awam.

ADVERTISEMENT

BACA: Mandi Tanpa Sehelai Benang, Apakah Hukumnya?

Namun, ada suami yang mengambil berat mengenai hukum apabila para isteri turut serta mandi menemani anak-anak di kolam tersebut.

Individu tersebut bertanyakan pendapat penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dan ini jawapannya.

Isteri mandi di kolam awam teman anak, ada lelaki bukan mahram

Soalan: Cuti-cuti ni kita bawa family pergi hotel, isteri kita mandi dengan anak-anak di kolam itulah dalam keadaan menutup aurat. Dalam masa yang sama, dekat kolam itu ada lelaki bukan mahram bersama dengan keluarga dia. Elok ke mandi sekali atau baik tengok anak je?

@normalarizawati Mandi di kolam awam bercampur lelaki & perempuan #ustazazharidrusofficial #kolamawam #dakwahpendek #islamituindahttv #ummi #dapurkecilummi #fyp #fypシ ♬ original sound – Ummi

Jawapan ustaz: Dalam hadis kita akan jumpa banyak larangan Nabi kepada kaum perempuan mandi di tempat mandi awam. Maksud mandi awam yang nabi larang bini kita, anak perempuan kita pergi ialah yang ada lelaki bukan mahram. Jika tidak ada lelaki bukan mahram di kolam itu, maka tidak dilarang. Sebab itu kolam yang memisahkan lelaki dan perempuan tiada masalah.

Sebab bila kita mandi basah, bila basah dia mensifatkan bentuk badan. Betul tak? Mu pakai baju macam mana pun, dia akan kecut.

Dia akan nampak bentuk lengan, bentuk kaki, bentuk paha. Tak boleh nak lari dah bentuk-bentuk itu dilihat oleh mata-mata yang tidak halal maka hukumnya haram.

Jelas ustaz lagi, jika kolam dibuat berasingan di dalam bangunan untuk wanita sahaja, maka ianya dibolehkan untuk mandi di tempat mandi awam.

Tetapi jika kolam bercampur di antara lelaki dan perempuan, sebaiknya isteri dan anak perempuan yang besar jangan mandi.

Kredit: TikTok @normalarizawati

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas