Connect with us

Oh! Media

Sakan Joget Trend ‘Alamak Raya Lagi’, Mufti Terengganu Kata Boleh Jatuh Hukum Haram

alamak raya lagi

Oh! Islam

Sakan Joget Trend ‘Alamak Raya Lagi’, Mufti Terengganu Kata Boleh Jatuh Hukum Haram

Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, aksi dan gaya tarian menggunakan lagu ‘Alamak Raya Lagi’ yang menjadi trend masa kini boleh membawa kepada hukum haram sekiranya pelaku mendedahkan auratnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Trend Sambut Hari Lahir Arwah Anak Di Kubur, Apa Hukumnya Mengikut Islam?

Jelas beliau, trend melenggokkkan bentuk badan yang dilakukan wanita beragama Islam perlu dielakkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah mereka selain mencemarkan keharmonian perayaan Aidilfitri.

hukum

Dalam masa yang sama, beliau meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir masyarakat kita yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa tanpa memikirkan positif atau negatif trend itu.

Sepatutnya perbuatan tersebut dielakkan kerana boleh menonjolkan aurat yang boleh membawa kepada haram.

Beliau menyeru umat Islam supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Jika tidak, ia dibimbangi akan menjerumuskan diri kepada fitnah yang mencemarkan budaya Islam itu sendiri.

@defamofficial Alamak FAB Raya Lagi with @LARNEY 🔥 #Larney #turunnaik #alamakrayalagi #alamakrayalagichallenge #fyp ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Terdahulu, tular di media sosial lagu ‘Alamak raya lagi’ nyanyian kumpulan De Fam yang didakwa berunsur negatif.

Ada pihak mendakwa lirik yang dinyatakan seolah-olah mengeluh dengan kehadiran Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan penuh rasa syukur.

Lagu itu bagaimanapun ‘meledak’ di media sosial sehingga ada trend tarian yang menjadi ikutan orang ramai.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas