Connect with us

Oh! Media

“Dia Masuk Tanpa Kebenaran Dan Terus Cium Saya” – Ara Johari Dedah Individu Cabul Dirinya Memang Dah Rancang 

Oh! Artis

“Dia Masuk Tanpa Kebenaran Dan Terus Cium Saya” – Ara Johari Dedah Individu Cabul Dirinya Memang Dah Rancang 

Sebelum ini kami ada melaporkan yang penyanyi terkenal, Ara Johari telah dicabul selepas dirinya mengadakan sebuah persembahan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

ADVERTISEMENT

BACA : Ara Johari Jadi Mangsa Cabul Lepas Persembahan, Lelaki Tiba-Tiba Tarik Tangan Dan Cium

Terbaru! Ketika ditemubual Melodi, Ara mengatakan yang dia akan lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelak perkara sebegitu terjadi lagi.

Sekarang pun saya dah meningkatkan sekuriti saya. Kemana-mana saya tidak boleh seorang diri sebab saya pun jadi trauma sebab kita taktahu niat orang ke kita. Saya lebih berhati-hati.

Saya pun hanya serahkan perkara ini kepada pihak polis dan untuk diri saya sendiri, saya semakin okay sebab sebelum ni saya agak trauma dengan kejadian tersebut. Saya jadi takut nak jump orang dan keluar seorang diri.

Saya agak terkilan sebab kita pergi buat persembahan sebab nak jump orang tapi yang membuatkan saya terkilan sebab kejadian ini terjadi selepas konsert saya sendiri. Bagi saya, ia agak melampaui batas sebab dia masuk dalam holding room tapa kebenaran dan dia terus mencium tangan saya tapa izin atau persetujuan pihak saya.

Dia bukan cium saya dengan tanda hormat atau nak beri penghormatan tapi yang ni memang dia nampak sengaja menciumnya. Memang dia dah plan nak buat benda ni.

Tiada siapa ahli keluarganya datang minta maaf kat saya. Sejujurnya, saya tidak mahu kes ini bawa ke pihak polis tapi bila kami panggil untuk berbincang dan tanya, dia lari.

Mungkin yang saya kena sikit je tapi mungkin dekat orang lain pernah kena diraba atau dicabul kehormatan. Lelaki dan perempuan di luar sana diminta agar berhati-hati, kalau bole jangan ke tempat-tempat yang sunyi dan perlu berteman.

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas