Connect with us

Oh! Media

Lando Zawawi Dakwa Duit Banyak Habis, Rasa Tertipu  Dengan Parti Diwakilinya Sehingga Putuskan Tak Jadi Bertanding PRN

Oh! Negara

Lando Zawawi Dakwa Duit Banyak Habis, Rasa Tertipu  Dengan Parti Diwakilinya Sehingga Putuskan Tak Jadi Bertanding PRN

Pelakon dan juga aktivis masyarakat, Lando Zawawi tak jadi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Dah kenapa tu?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Lando membuat keputusan itu kerana banyak wangnya telah habis dan berasa tertipu dengan parti yang dia wakili ketika bertanding di Parlimen Tanjung Karang pada PRU15. 

Saya berterus-terang pengalaman saya ini agar jadi satu teladan kepada semua calon di luar sana supaya berhati-hati dengan parti politik.

Perbincangan dengan satu parti semasa PRU15, saya tanya bagaimana dengan bajet? Mereka kata pakai duit sendiri.

Bukan tu jer, Lando juga perlu gunakan kos yang besar yang bergerak atas nama Brotherhood. Lagipun, pendapatannya pun atas usaha Brotherhood.

Mungkin saya tak boleh tampung semua kerana itu PRU yang lebih besar, bukan macam sekarang. Saya kini berhati-hati dengan parti politik.

Saya disuruh guna duit sendiri dulu dan dikira kemudian. Sampailah akhirnya duit saya digunakan terlebih dahulu.

Apabila keputusan dikeluarkan mereka terus senyap. Ingatkan habis di situ saja, rupanya orang-orang parti yang bekerja pun tak dapat bayaran.

Lando mendakwa, sehingga kini tenaga kerja yang dipanggil ranting parti menuntut RM20,000 dari parti berkenaan, manakala wangnya sendiri sekitar RM70,000 ke RM80,000 belum dilunaskan.

Saya hantar surat kepada Presiden. Apabila semak, rupanya bajet itu ada tapi habis sebelum saya dicalonkan. Hairannya kerana yang berjanji dengan saya bukan calang-calang kerana ‘level’ (peringkat) mereka tinggi.

Tapi Alhamdulillah walaupun saya tewas, usaha Brotherhood berjalan sampai sekarang sebab rezeki Allah punya. Kami ada kesempitan sikit dengan ekonomi tapi kami masih terus berjalan.

Bukan tu jer, Lando juga berkata mana-mana universiti atau sekolah yang tidak dapat bantuan mengenai masalah jalan berlubang boleh hubunginya kerana ada peruntukan untuk mereka.

Aktivis masyarakat itu juga sempat menjawab pertanyaan pihak media dan penyokong mengenai penyertaan dalam PRN kali ini.

Bukan tiada tawaran. Sebenarnya ada tiga tawaran dari parti berbeza. Tapi kita tak nak sebut parti mana. Brotherhood sebenarnya bebas.

Pendirian kami tidak berparti sampai bila-bila sebab dalam Brotherhood pun ada penyokong pelbagai parti. Mereka diizinkan untuk undi parti mana kerana itu hak mereka.

Sebenarnya kerusi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak membawa erti yang besar pada saya. Sebabnya dari dulu sampai sekarang pun banyak YB (Yang Berhormat) minta tolong saya juga.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia Mee Kolok Original Sarawak! #Ohmedia #Ohmakan #kedeykamek ♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas