Connect with us

Oh! Media

Hakim Benarkan Gari Dibuka, Bekas Penuntut Kolej Terlepas Hukuman Mati Kerana Kematian Anak

hakim

Oh! Tidak

Hakim Benarkan Gari Dibuka, Bekas Penuntut Kolej Terlepas Hukuman Mati Kerana Kematian Anak

Enam tahun yang lalu seorang bekas penuntut kolej didakwa membunuh bayi lelakinya sendiri yang baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas asrama telah terlepas daripada hukuman mati.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Bernama, suspek yang bernama Nur Izzati sebelum ini telah dijatuhkan hukuman mati dilihat menangis selepas mendengar keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pada Selasa.

Dalam pada itu, keputusan baru telah dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas dimaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi Izzati yang memohon pertuduhan lebih ringan iaitu daripada membunuh kepada menyebabkan kematian.

Menurut Hadhariah, suspek yang berusia 26 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun bermula dari 30 Mac 2017 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Perayu dibebaskan serta-merta hari ini dan saya arahkan warden penjara untuk membuka gari perayu dan perayu boleh berjalan keluar dari mahkamah dengan lapang dada.

Sebelum ini, Nur Izzati didakwa membunuh seorang bayi yang baru dilahirkan di tandas asrama perempuan aras tiga Kolej Pertanian Malaysia Bukit Kayu Hitam pada 5.20 petang 30 Mac 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Beranak Bayi Luar Nikah Dalam Lubang Tandas, Banduan Akhir Ini Tanggung Akibat, ‘Ex’ Pula Lari

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas