Connect with us

Oh! Media

“Staff Cium Bos Kira Marketing Ke?” – Ah Moi Nafi Buat Gimik, Dakwa Cerai Tak Sah

shermine ah moi cerai view chin

Oh! Tidak

“Staff Cium Bos Kira Marketing Ke?” – Ah Moi Nafi Buat Gimik, Dakwa Cerai Tak Sah

Bekas isteri kepada TikTokers popular View Chin iaitu Shermine Ah Moi menafikan dakwaan sesetengah netizen bahawa dia hanya melakukan gimik atau marketing susulan isu pendedahan kecurangan suami baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “I Keluar Dengan Kawan, Dia Pulak Check In..” – Ah Moi Dakwa Suami Kerap Ajak Skandal Ke Hotel

Menerusi satu hantaran di Facebook, Shermine atau lebih mesra disapa Ah Moi berkata dia telah mengambil tindakan undang-undang dan di atas nasihat peguam semua bukti hanya akan ditunjukkan di mahkamah.

Shermine Ah Moi dakwa cerai tak sah

Ah Moi juga mendakwa penceraiannya bersama View Chin adalah tidak sah dan dia akan menuntut keadilan.

Kepada netizen yang cakap ni marketing, staff i kiss bos dia ini kira marketing ke? I tak akan buat marketing dengan cara ni ok!

Berang dituduh ‘tak move on’, Ah Moi meminta penjelasan siapakah yang terlebih dahulu bersikap biadap dengan mengacau dirinya dan anak-anak.

Cerai ni tidak sah, I akan take legal action kepada dia dua orang, so cerai punya pasal korang better ambil perhatian dengan ayat korang! Sekarang i take legal way to settle, i diam bukan maksud i lemah tau!

Mengenai perniagaan pula, dia dan View Chin difahamkan sedang berbincang untuk mengasingkan syarikat termasuk soal pekerja.

Kongsinya lagi, walaupun konflik rumah tangga masih panas, dia tetap membenarkan View Chin berjumpa anak-anak kerana mereka masih kecil dan tak perlu dilibatkan dengan masalah orang dewasa.

Perkongsian penuh

Terdahulu, View Chin mengaku menjalin hubungan istimewa dengan pekerjanya yang dikenali sebagai Mira. Namun, mereka dikatakan bercinta selepas View Chin dan isterinya bercerai tahun lalu.

Kredit: Facebook Shermine Ah Moi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas