Connect with us

Oh! Media

Patutlah Jadi Pilihan, Tarikh & Umur Pun Sama Kemerdekaan Negara. ‘OHMYDIN! Meriah Bersama’, Tawar Hadiah Bernilai Sehingga RM6.6 Juta

Branded

Patutlah Jadi Pilihan, Tarikh & Umur Pun Sama Kemerdekaan Negara. ‘OHMYDIN! Meriah Bersama’, Tawar Hadiah Bernilai Sehingga RM6.6 Juta

Tanggal tiga puluh satu,

Bulan lapan,

Lima puluh tujuh.

Tiba je bulan Merdeka, lagu ini pasti menjadi siulan di mulut rakyat Malaysia. Tapi korang tau tak, apa lagi yang sinonim dengan bulan kemerdekaan ini?

Jawapannya ialah ULANG TAHUN MYDIN!!!

Pasaraya kegemaran ramai ini baru je sambut ulang tahun yang ke-66 tau. Seperti kebiasaan, MYDIN meraikannya dengan pelbagai promosi hebat untuk barangan di pasaraya mereka khas buat pelanggan setia pasaraya itu.

Tahun ni MYDIN kembali dengan Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama Sempena Ulang Tahun #MYDIN66 yang menawarkan penjimatan, hadiah peraduan dan ganjaran pulangan tunai bernilai sehingga RM 6.6 juta.

MYDIN Kini Ada Di TikTok Shop

Pantas betul MYDIN manfaatkan sosial media mereka. Baru-baru ni MYDIN baru saja mengumumkan kerjasama mereka dengan aplikasi TikTok. 

Lepas ni, lagi mudahlah nak beli barangan MYDIN, sebabnya pasaraya ni dah mempunyai akaun rasmi di TikTok Shop. Lebih banyak diskaun dan pastinya lebih menjimat!

Berita baik untuk korang, setiap pelanggan kali pertama layak menerima baucar RM15 serta kod baucar istimewa. Pelanggan juga bakal menikmati subsidi penghantaran bernilai RM6 ke seluruh negara.

Kerjasama Dengan Lebih 53 Rakan Niaga Sempena OHMYDIN! Meriah Bersama

Tak lengkap rasanya sambutan ulang tahun tanpa kolaborasi rakan strategik.

Tahun ini MYDIN bekerjasama dengan lebih 53 jenama yang terdiri daripada rakan-rakan strategik dan pembekal MYDIN seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui kempen Beli Barangan Malaysia, TikTok Shop, Setel, OPPO, MBSB Bank, Boost, MyDebit dan banyak lagilah!

Bukan itu saja, siap ada peraduan yang menawarkan baucar dan cashback bila berbelanja. Ni serius sebab utama korang kena shopping dekat MYDIN!

Belanja Di MYDIN & Fuel-good Dengan Setel

Korang pengguna aplikasi Setel dan isi petrol dengan Petronas? Kempen Belanja & Fuel-good ni memang untuk korang.

Dengan hanya berbelanja minimum RM120 produk jenama terpilih di aplikasi Setel, korang boleh menikmati e-baucar Setel bernilai RM6.60.

Manakala kalau korang isi petrol bernilai RM50 melalui aplikasi Setel korang boleh menikmati e-baucar MYDIN yang juga bernilai RM6.60.

Belanja dengan e-wallet & nikmati cashback sehingga RM366 Ribu!

Korang suka guna e-dompet sebab nak kumpul cashback, offer ni pula untuk korang. Dengan berbelanja di MYDIN menggunakan e-dompet seperti Boost, MBSB Bank, MCash, Wavpay dan Zapp. 

Setiap e-dompet menawarkan ganjaran yang berbeza, so rugi kalau korang tak grab peluang ni untuk kumpul cashback. 

Tap & Menang dengan MyDebit

Selain guna cash dan e-dompet, korang juga boleh guna MyDebit untuk membuat pembayaran ketika shopping di MYDIN.

Melalui kolaborasi bersama MYDIN, My Debit menganjurkan peraduan Tap & Menang yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM280,000. Syarat peraduan mudah je, korang hanya perlu berbelanja minimum RM66 dalam satu resit dan tap kad debit untuk buat pembayaran.

Beli di MYDIN & Boleh Menang OPPO!

Meriah betul birthday MYDIN tahun ni. Untung pelanggan setia mereka!

Menerusi kerjasama dengan jenama telefon pintar OPPO, pelanggan MYDIN boleh memiliki peranti OPPO melalui peraduan Beli & Menang!

Korang hanya perlu berbelanja minimum RM166 dalam satu resit, hantar bukti pembayaran melalui Whatsapp ke 016-241 5308. Kemudian jawab 2 soalan mudah untuk berpeluang memenangi OPPO smartphone. Best tu!

Nikmati Lebih Ganjaran Dengan Kad Meriah MYDIN!

Korang tau tak yang MYDIN ada kad keahlian mereka sendiri iaitu kad Meriah. Haa.. Ni kami nak bagitau, dengan mendaftar keahlian bermula 17 Ogos-17 September, korang boleh dapat Xtra 660 mata ganjaran. 

Ada lagi, sekarang ni MYDIN dah ada apps tau. Kalau korang pautkan kad Meriah dengan apps MYDIN, korang boleh dapat e-baucar bernilai RM6.

3 HARI SAJA, PROMO DEKAT MYDIN. Jimat banyak tu!!!

Simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-66, MYDIN menawarkan barangan pada harga promosi serendah 66 sen. Ada ikan mabong, bawang, burger ayam dan banyak lagi. Seriuslah?! Tak takut rugi ke?

Bukan tu je, sabun basuh baju, perkakas dapur dan banyak lagi barang korang boleh nikmati pada harga kaw-kaw berpatutan. Ni kami share promosi yang korang boleh nikmati di MYDIN!

Promosi istimewa sempena Ulang Tahun MYDIN ke-66 sah sehingga 20 Ogos 2023 sahaja. Jimat banyak tu!!!

Terima kasih MYDIN kerana menjadi pasaraya yang menawarkan barangan pada harga berpatutan untuk rakyat Malaysia!

Sempena ulang tahun ke-66 MYDIN, jom berbelanja dan jadikan MYDIN sebagai pasaraya pilihan korang.

Maklumat lanjut layari mydin.my.

*Tertakluk terma & syarat

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas