Connect with us

Oh! Media

Aliff Aziz Kecewa Dengan Bella Astillah Sebab Tak Ingat Jasa Baik Ibu Mentua

aliff aziz

Oh! Artis

Aliff Aziz Kecewa Dengan Bella Astillah Sebab Tak Ingat Jasa Baik Ibu Mentua

Mesti ramai tertanya-tanya bila la nak habis kisah diorang ni kan? Tapi itulah, kita baru rasa nak tenang sikit, sekali tengok Aliff Aziz pergi buat podcast pula dekat TheCommonFolks. Habis la macam-macam cerita pula didedahkan.

ADVERTISEMENT

Sampaikan, ada satu jawapan tu Aliff mengakui dia rasa terkilan dengan isterinya, Bella Astillah sebab memburukkan ibunya.

Aliff Aziz dedah ibunya pernah halau keluar rumah…

Kata Aliff, Bella tidak adil sebab lupa dengan jasa baik ibunya sepanjang perkahwinan mereka. Ibunya, Hafiza juga dikatakan tidak pernah menyebelahi mana-mana pihak walaupun kesalahan itu dilakukan anaknya sendiri.

ibu aliff aziz

Umi percaya, kalau benda tu salah dan anak dia buat, anak dia salah. Bella pun tahu pasal benda ni. Saya pun dah buat banyak salah sampai umi saya sendiri halau keluar rumah.

Bila Bella buat temu bual itu dan terangkan pasal diri dia, saya macam terkejut dan agak terkilan sikit lah apabila mak saya dibawa di dalam temu bual itu.

Aliff merasakan jika Bella mahu bercakap soal ibunya, isterinya itu harus menceritakan juga kebaikan ibunya.

Tapi kalau dia nak cakap pasal benda tu, dia juga kena cakap pasal pengorbanan umi. Mak saya tak pernah sokong semua kesalahan yang saya buat.

Aliff Aziz akui rasa sakit sangat lepas lihat netizen kecam ibunya…

Lepas temu bual tu, saya nampak kesan daripadanya. Mak saya datang ke mahkamah hanya untuk bagi saya sokongan moral. Tapi bila baca apa yang orang tulis di media sosial pasal mak, saya rasa sangat sakit.

Umi bukan sokong tapi sebagai ibu, dia nampak kehidupan anaknya sedang hancur. Apa orang expectumi akan buat?

aliff aziz

Sebelum ini, Bella pernah mendedahkan ketika ditemu bual media bahawa ibu mertuanya pernah mengutuknya di hadapan rakan-rakan di Singapura dengan berkata Bella mula dikenali semenjak berkahwin dengan anaknya.

Kredit: YouTube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas