Connect with us

Oh! Media

“Kalau Tak Ada Caprice Dekat Malaysia, Susah.. Kita Tak Perlu Polis” – Zarina Anjoulie

zarina anjoulie

Oh! Artis

“Kalau Tak Ada Caprice Dekat Malaysia, Susah.. Kita Tak Perlu Polis” – Zarina Anjoulie

Isu kontroversi membabitkan pendakwah Ebit Lew dan wanita Indonesia, Mondy difahamkan kini dalam siasatan pihak berkuasa.

ADVERTISEMENT

Penyanyi rap, Caprice memaklumkan Mondy telah hadir ke IPK Selangor memberi keterangan selama 6 jam.

BACA: “Sebab Dia Pakai Serban, Ramai Orang Lagi Percaya Dia” – Caprice

Pelakon Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju tak ketinggalan mengikuti isu panas ini. Menerusi satu sesi langsung, Anju bertanya kepada para penonton apa sebenarnya yang berlaku.

Para penonton menjawab Caprice kini sedang membantu Mondy untuk mendapatkan keadilan. Tak terkejut, Anju menjawab Caprice mestilah akan tampil ke depan terlebih dahulu.

Of course Cap will be the first one menggeletis nak handle kan benda ni. Hero Malaysia dah menggeletis.

Sambil berborak dengan penonton, Anju bertanya pendapat mereka adakah isu Ebit Lew dan Mondy itu benar.

Bagi Anju pula, dia melihat Ebit Lew sebagai seorang yang sudah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia. Anju berpendapat lebih baik ustaz fokus membantu rakyat miskin di Malaysia daripada membantu orang luar.

Kalau tak ada Cap dekat Malaysia, susah. Kita tak perlu polis, kita hanya hantar Caprice je. Kalau tak ada Caprice pun susah. Saya berterima kasih dekat Caprice, dia banyak menyelesaikan masalah negara.

Ibu kepada seorang anak ini berkata, campur tangan Caprice penting kerana Caprice adalah hero Malaysia.

Zarina Anjoulie bagaimanapun tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dia sendiri tak tahu cerita sebenar dan berharap semuanya selesai dengan baik.

Kredit: Facebook Selebriti Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas