Connect with us

Oh! Media

Sabri Yunus Sedih Dengan Tuduhan Seorang Ustaz Mengatakan Pernikahannya Tidak Sah Dan Berzina

sabri yunus

Oh! Artis

Sabri Yunus Sedih Dengan Tuduhan Seorang Ustaz Mengatakan Pernikahannya Tidak Sah Dan Berzina

Terkejut dengan dakwaan macam ni. Bayangkan kita sudah bahagia bersama pasangan dan tiba-tiba ada pihak yang mengatakan pernikahan kita tidak sah dan dikira berzina dengan wanita yang sudahpun dirasakan jadi isteri kita. Perkara ini sedang dilalui, pengarah dan pelakon terkenal Sabri Yunus.

ADVERTISEMENT

BACA: Tahniah! Sabri Yunus Sah Bergelar Suami Kepada Ardini Angeline Tan

Abang Sabri mengakui terkilan dan sedih dengan tuduhan seorang ustaz yang mendakwa pernikahannya bersama pelakon, Angelina Tan (Ardini) tidak sah dan boleh mendatangkan zina.

Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu, juga dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan.. Siapa yang keliru?

Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tidak keliru dan 25 hadirin juga tidak keliru.

Sabri bagaimanapun faham tentang pandangan mazhab dan jelas tentang ada khilaf yang berbangkit. Namun, Sabri tak merasakan orang tak faham bila qabul jawab saya setuju.

Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah, tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah. Jelas wali sebut, aku nikah.. bila qabul sebut setuju. Tentu saja menyambut pada kata nikah itu.

Dalam pada itu, Sabri turut merasakan ustaz terbabit ada pertikaian serta tidak sealiran dengan Dr. Maza (Mufti Perlis) kerana dari tuduhannya ada berbau permusuhan.

Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dgn isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami. Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan

Apapun, kita doakan yang terbaik buat abang Sabri Yunus dan isteri kak Ardini. Semoga ikatan yang terbina ini kekal hingga akhir hayat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas