Connect with us

Oh! Media

Ciri Terbaharu Siri iPhone 15 Boleh Menjadi Powerbank

iphone

Oh! Tech

Ciri Terbaharu Siri iPhone 15 Boleh Menjadi Powerbank

Hari ini, syarikat iPhone baru sahaja mengumumkan keluaran model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang menakjubkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Senarai Harga Siri iPhone 15 Terbaru Di Pasaran Malaysia

Model terbaharu ini dijana Apple A17 Pro, cip pemprosesan pertama dengan rekaan 3nm.

Malah,  banyak ciri dan fungsi baharu diperkenalkan seperti Dynamic Island yang lebih baik, kamera lebih bagus, sokongan USB-C, boleh main Resident Evil 4 dan banyak lagi.

iphone

Bukan itu sahaja, buat pertama kalinya kesemua model iPhone menyokong USB-C, Apple akhirnya membawakan sokongan mengubah telefon ini menjadi sebuah powerbank.

Namun,  ia terhad untuk mengecas Apple Watch atau AirPods sahaja. Ciri ini walaubagaimanapun tidak boleh mengecas iPhone lain.

Sebelum ini, ciri lebih kurang sama diperkenalkan pada iPad Pro generasi pertama (2018) di mana tablet ini boleh mengecas iPhone dengan kabel USB-C ke Lightning.

Boleh dikatakan Apple akhirnya mempunyai ciri pengecasan berbalik, cuma ianya dengan kabel bukan nirwayar.

Kredit: amanz


@ohmedia

Sejarah Bendera Malaysia Yang Ramai Tak Tahu #ohmedia ohinspirasi #merdeka66

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • iphone
  • iphone

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas