Connect with us

Oh! Media

HONOR X9b, Telefon Paling ‘Sado’ Abad Ini! Siap Diuji Pelbagai Ujian Ganas!

telefon tahan lasak

Branded

HONOR X9b, Telefon Paling ‘Sado’ Abad Ini! Siap Diuji Pelbagai Ujian Ganas!

Dah nak hujung tahun ni, makin banyak pula keluaran peranti baru. Korang yang ada perancangan untuk tukar telefon tu, dah jumpa ke yang sesuai ikut bajet yang dikumpul?

Kalau korang masih mencari telefon yang worth it untuk dibeli dengan ciri yang bagus, korang kena consider untuk dapatkan HONOR X9b sebab peranti ini mempunyai pelbagai ciri menarik dan lain daripada yang lain! 

Nak tahu lebih lanjut tentang HONOR X9b, jom kami kongsikan!

Ketam & Objek Keras Hancur, HONOR X9b Diiktiraf Telefon Tahan Lasak!

Kebanyakan telefon di pasaran sekarang ini hanya menambah baik ciri dalaman saja dan melupakan kepentingan ketahanan ciri luaran. 

Berbeza dengan HONOR X9b, korang dah tak perlu berhabis duit beli ekstra perlindungan sebab peranti ini telah melalui pelbagai fasa ujian ketahanan ganas tau! 

Direka khas menggunakan teknologi Ultra-Bounce Anti-Drop, daya ketahanan jatuh meningkat daripada 1 meter kepada 1.5 meter, menjadikan ia telefon pertama di dunia mendapat pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut oleh SGS Switzerland.

Menariknya, teknologi Ultra-Bounce Anti-drop HONOR ini direka dengan tiga lapisan struktur iaitu pengukuhan separa skrin, perlindungan mampan disekeliling skrin dan perlindungan kedap dalam fuselage yang bertujuan untuk melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman.

Paling best, ia hadir dengan bahan kusyen bermodulus rendah yang inovatif dengan jurang mikron fleksibel, mampu menyerap kesan kejatuhan sehingga 1.2 kali ganda. Pergh, bagusnya!

Antara ujian ketahanan yang HONOR X9b pernah lalui adalah dilanggar kereta, ujian lenturan, ujian jatuh yang mampu menghancurkan buah-buahan dan kulit ketam. Wow, kalah telefon batu-bata tu!

Kalau dah melalui pelbagai ujian lasak ni, mestilah HONOR yakin dengan tahap ketahanan peranti mereka betul tak? 

Mereka siap janji nak bagi percuma penggantian retak depan dan belakang selama 365 hari kepada korang tau, menjadikan HONOR satu-satunya jenama dalam pasaran yang berani menjanjikan penggantian percuma tersebut!

Boleh Tonton Video Selama 19 Jam Tanpa Henti, Bateri HONOR X9b Ditambahbaik!

Siapa dekat sini screentime dia banyak, tipulah kalau korang tak pernah rasa penat untuk cas telefon setiap kali bateri nak habis betul tak? 

Dengan HONOR X9b, korang tak perlu risau untuk cas banyak kali sebab ia mempunyai bateri sebesar 5800mAh yang hanya perlu cas sekali dah boleh tahan selama 3 hari. Terbaiklah!

Lagi best, sekali cas je dah boleh tahan hingga 19 jam untuk tonton video, 12 jam untuk main game dan 22 jam melayari sosial media. 

Untuk korang yang mengalami masalah bateri cepat habis, jangan risau sebab HONOR X9b dapat mengekalkan 80% kapasiti bateri walaupun selepas 1,000 kitaran pengecasan, menjadikan ia salah satu bateri peranti yang tahan lebih lama di pasaran.

Ucapkan Selamat Tinggal Telefon Lagging, Storan HONOR X9b Tapau Pasaran Peranti 2023!

Pernah tak korang tengah syok buka media sosial, tiba-tiba lagging ataupun korang terpaksa padam gambar sebab storan dah penuh, padahal gambar dalam galeri tak banyak pun? 

Kalau korang hadapi situasi macam ni, ia adalah petanda besar untuk korang tukar peranti kepada HONOR X9b sebab ia menyediakan 12GB RAM dan 8GB virtual HONOR RAM Turbo, serta 256GB ROM storan besar tau! Pergh, besar juga!

Namun, kalau setakat storan saja besar, tapi tak laju apa guna betul tak? Nasib baiklah HONOR X9b ni direka dengan LPDDR4X dan UFS 3.1 yang membolehkan korang untuk nikmati pengalaman lebih lancar seperti muat turun permainan, buka kamera dan aplikasi. 

Menariknya, HONOR X9b juga didatangkan dengan cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, yang juga dilengkapi dengan CPU Qualcomm® Kryo™ serta GPU Adreno™, masing-masing sehingga 40% dan 35% lebih pantas daripada predecessor-nya. 

Macam ni barulah syok nak main game, atau main media sosial!

Tak Sakit Mata Walaupun Screentime Lama, HONOR X9b Tampil Dengan Paparan Lebih Bagus

Perasan tak sekarang bila main telefon terlalu lama, mata akan terus kabur dan menjadi merah? Bukan apa, kadang-kadang cahaya daripada paparan skrin tu terlalu tinggi walaupun kita dah rendahkan kepada tahap minima.

Belum cerita lagi bila dah pasang skrin pelindung, tapi mata masih sakit. Membazir je duit beli mahal-mahal betul tak? 

Haa, daripada korang berbelanja banyak semata untuk dapatkan pencahayaan yang betul, lebih baik korang labur duit lebih sikit pada telefon yang lebih bagus seperti HONOR X9b! 

Untuk pengetahuan, HONOR X9b ini direka dengan 6.78 inchi, 1.5k Retina Resolution Display, 10.7 Billion Color, 120Hz refresh rate, serta 1200nits peak brightness tau! 

Bukan itu saja, dengan adanya 1920Hz PWM dimming, ia dapat bantu menjaga mata korang dengan meminimumkan ‘flicker’ skrin apabila menggunakan telefon di tempat cahaya rendah. Bagusnya!

Paparan yang direka ini juga mampu menyelaraskan warna secara automatik dengan ciri Circadian Night Display, membolehkan peningkatan 20% melatonin serta membantu korang mendapatkan kualiti tidur yang lebih lama dan baik. 

Selain itu, dengan penggunaan cahaya dinamik, ia dapat membantu untuk mengurangkan lagi kadar keletihan mata sebanyak 18% dengan meningkatkan peredaran darah dalam otot ciliary. Wow, macam ni barulah berbaloi untuk beli!

Memahami keadaan korang yang perlu tengok telefon pada setiap masa, HONOR X9b ini hadir dengan ciri TÜV Rheinland Hardware-Level Low Blue Light Certification yang dapat membantu mengurangkan cahaya biru yang mengancam kesihatan mata. 

Fuh, bukan senang nak jumpa telefon yang mempunyai ciri sedalam ini untuk kesihatan mata betul tak?

HONOR X9b, Telefon Untuk Generasi Baru

Sekarang ni ada macam-macam jenis rekaan untuk sarung telefon betul tak? Bukan saja untuk melindungi telefon, malah untuk menjadikan telefon kelihatan lebih menarik. 

Siapa dekat sini ada banyak rekaan sarung telefon, kita geng! Tapi, bila fikir balik, agak membazir juga lah kan sebab beli banyak-banyak tapi jarang guna…

Dengan HONOR X9b, korang tak perlu pun beli banyak sarung telefon sebab selain daripada tahan lasak, ia juga mempunyai rekaan yang sangat lawa! Kena dengan Gen Z sekarang. 

Antara rekaan yang ada pada HONOR X9b adalah

Sunrise Orange

Titanium Silver

Midnight Black

Alang-alang tengah cerita tentang Gen Z ni, HONOR X9b adalah peranti yang sangat sesuai sebab ia mempunyai kamera Ultra Jelas sebesar 108MP. 

Lagi best, ia mempunyai saiz sensor 1/1.67 inch yang dapat menyerap lebih banyak cahaya, membuatkan gambar yang korang tangkap akan menjadi lebih jelas. Bestnya!

Kalau korang tengok hasil gambar yang ditangkap menggunakan HONOR X9b ni, ia kelihatan seolah-olah seperti ditangkap menggunakan kamera profesional tau!

Nikmati Pelbagai Tawaran Menarik, Pra-Tempah HONOR X9b Sekarang!

Haa, semua ciri kami dah cerita, mana satu yang korang suka? Kalau tanya kami, kami sangat suka dengan ciri paparan skrin yang dapat bantu mata daripada pedih apabila menggunakan telefon terlalu lama! 

Bila fikir balik, tak banyak pun peranti baru dalam pasaran yang mementingkan kesihatan mata kita betul tak? 

Jadi, kalau korang berminat nak dapatkan HONOR X9b, jangan lupa untuk pra-tempah HONOR X9b sekarang! Psst, tempoh pra-tempah bermula 1 hingga 9 November 2023 tau. 

Jadi, pra-tempah sekarang dan korang akan nikmati pelbagai hadiah menarik bernilai RM978 termasuk penggantian retak depan dan belakang selama 365 Hari, HONOR CHOICE MOECEN band and HONOR CHOICE Earbuds X5.

Dengan hanya RM1499 saja, korang boleh dapat sebuah telefon yang tahan lasak yang didatangi dengan spesifikasi bertaraf telefon flagship.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk ketahui lebih banyak promosi menarik!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas