Connect with us

Oh! Media

Pekin Ibrahim ‘Bantai’ Kru Produksi Intai Pelakon Wanita Di ‘Homestay’

Pekin Ibrahim

Oh! Artis

Pekin Ibrahim ‘Bantai’ Kru Produksi Intai Pelakon Wanita Di ‘Homestay’

Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim akui telah membelasah seorang kru produksi gara-gara melakukan perkara tidak senonoh terhadap seorang aktres.

ADVERTISEMENT

Mengimbau kembali, Pekin berkata dia hilang sabar dengan sikap kru terbabit yang mengintai pelakon wanita lima tahun lalu ketika di lokasi penggambaran filem seram Cerana Biduk Bu Merah.

Menurut laporan mStar, dia menyedari tentang insiden itu selepas diberitahu oleh mangsa iaitu Sara Daewoo kepada rakannya yang kebetulan berada bersamanya.

Kata suami Mona Allen itu, kerana terlalu geram dengan sikap kurang ajar kru berkenaan, dia bertindak membelasah lelaki tersebut.

Saya berada di homestay wanita, jarak lebih kurang 40 minit dari lokasi. Kami sudah separuh perjalanan dan berpatah balik.

Saya hilang sabar, saya bantai budak tu. Bila kantoi dia buat buat sembahyang. Budak itu intai sambil rekod video.

Pekin kemudian menghubungi pengarah dan kru itu kemudian dibawa ke balai polis dan ditahan untuk siasatan malah namanya juga turut digugurkan daripada penggambaran filem tersebut.

Ujar Pekin lagi, sejak menjadi pelakon pada 2002 itu kali pertama dia berdepan dengan kes gangguan seksual di lokasi penggambaran.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas