Connect with us

Oh! Media

Ini Punca Sebenar Mengapa Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Tak Jadi Nikah

mimi lana

Oh! Artis

Ini Punca Sebenar Mengapa Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Tak Jadi Nikah

Ramai yang terkejut bila dengar berita tentang pembatalan majlis pernikahan pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana. Rata-rata tertanya-tanya tentang punca mengapa mereka batalkan majlis yang akan berlangsung pada 18 Ogos ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Mimi Lana ‘Up’ Puisi Pasal Hargai Wanita, Kapsyen Hanya Noktah

MIMI LANA

Bagaimanapun, pengurus kepada pelakon Mimi Lana, Iman Tang telah tampil menjelaskan pembatalan majlis itu terpaksa dilakukan kerana Mimi ada penggambaran.

Mimi Lana juga ada perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq Kyle…

Dia (Mimi) berjumpa saya dua hari lalu, memaklumkan yang majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.

Bila diberitahu mengenai perkara itu, saya memang terkejut. Tapi saya tahu Mimi memang baru sahaja masuk set penggambaran

Iman Tang turut menepis dakwaan pasangan terbabit hadapi krisis peribadi sehingga terpaksa batalkan majlis.

Saya ada juga bertanya perkara yang sama kepada Mimi, tetapi hubungan mereka baik-baik sahaja. Segala perkembangan terbaharu mengenai majlis termasuk tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian

Kredit: Berita Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas