Connect with us

Oh! Media

Lelaki Nafi Minta Upah ‘Main’, Dakwa Akaun Media Sosial Kena Godam

upah main

Oh! Tidak

Lelaki Nafi Minta Upah ‘Main’, Dakwa Akaun Media Sosial Kena Godam

Lelaki Nafi Minta Upah ‘Main’, Dakwa Akaun Media Sosial Kena Godam

Tular di media sosial semalam seorang wanita mendakwa dia menerima gangguan seksual daripada seorang lelaki yang tak dikenali.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bukan Benda Kau Buat Main Atau Gelak” – Netizen Kecam Influencer TikTok Buat Lawak Rog*l Dalam Live

Wanita tersebut pada awalnya membuat hebahan mencari rumah sewa di Terengganu. Dia sudah mencuba menghubungi lebih 40 buah rumah namun jawapan yang diterima menghampakan.

Dia kemudian menerima mesej daripada seorang lelaki yang menawarkan diri untuk membantu mencarikan rumah sewa. Tetapi siapa sangka, lelaki tersebut meminta upah layanan intim.

upah

Perkongsian tular tersebut menerima kritikan daripada netizen memandangkan pelaku sudah berumahtangga.

Terbaru, lelaki tersebut tampil memohon maaf dan menafikan dakwaan menghantar mesej jijik tersebut. Katanya, akaun media sosialnya telah digodam dan dia tak dapat mengaksesnya.

main

Jelasnya lagi, dia mempunyai anak isteri yang perlu ditanggung dan tidak akan sesekali membuat kerja kotor seperti mana tular.

Dia bagaimanapun meminta maaf dan menganggap Allah SWT mahu mengujinya. Sehingga kini, akaun media sosialnya masih tak dapat digunakan.

Kredit: Warga Setiu | Facebook Shimalaa Shanmugam

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas