Connect with us

Oh! Media

Digilis Pacuan Empat Roda, Bayi 17 Bulan Maut

bayi

Oh! Tidak

Digilis Pacuan Empat Roda, Bayi 17 Bulan Maut

Kejadian berlaku di Kampung Darat Kolam, Kerteh, seorang bayi perempuan berusia 17 bulan maut digilis sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu secara mengundur oleh sepupunya, semalam.

ADVERTISEMENT

Mangsa yang bernama Syaza Syazwina Zahra Mohd. Sazali disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala pada jam 8.20 malam itu.

bayi

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kemalangan berlaku sewaktu remaja berusia 19 tahun tersebut sedang mengundur kenderaan pacuan empat roda iaitu Toyota Hilux yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Dia dikatakan mahu pulang ke rumah bapa mentuanya di Rasau, Kerteh dan pada masa sama,mangsa (Syaza Syazwina Zahra) telah keluar rumah sendirian tanpa disedari sesiapa.

Bayi itu dikatakan berjalan menuju belakang kenderaan pacuan empat roda sedang diundur sepupu perempuannya sebelum digilis,

Malah, remaja berusia 19 tahun berkenaan tidak perasan kehadiran Syaza Syazwina Zahra.

BACA: Ibu Reda Bayi Digilis Bas, Dedah Cerita Sebenar Tak Nak Ambil Tindakan Terhadap Pemandu

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Faceboook dan Telegram Oh!Media,

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas