Connect with us

Oh! Media

Syamsul Yusof Nampak Mesra Berdua Dengan Wanita Cantik, Netizen Setuju Kalau Itu Kekasih Barunya 

Oh! Artis

Syamsul Yusof Nampak Mesra Berdua Dengan Wanita Cantik, Netizen Setuju Kalau Itu Kekasih Barunya 

Lama tak dengar nama pengarah terkenal, Syamsul Yusof disebut-sebut selepas dia dan bekas isterinya, Puteri Sarah telah berpisah dalam keadaan baik.

ADVERTISEMENT

Terbaru! Menerusi satu video di Tiktok, Syamsul Yusof kembali jadi perhatian apabila dia dilihat menyambut sambutan hari lahir bersama seorang wanita cantik. Dah kenapa tu?

https://www.tiktok.com/@makcikbawangchannel/video/7289238359409446152?_t=8gTHg0i4EHB&_r=1

Kalau korang tengok video tersebut, Syamsul yang memakai kemeja bercorak bersama rakan-rakannya berada di sebuah kediaman mewah bagi meraikan acara itu.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah wanita free hair yang sentiasa berada di sisi pengarah tersebut sepanjang acara dan mereka juga ada bergambar hanya berdua saja.

Perkara itu juga buatkan segelintir netizen berseloroh mengatakan mereka setuju seandainya wanita jelita itu merupakan kekasih baru Syamsul.

Kah! Jangan buat hal lah korang, Syamsul baru nk berbahagia dengan Ira Kazar.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas