Connect with us

Oh! Media

Kak KM Kecewa Bagasi Mewah Dikopak, Duit RM10,000 Lesap Dicuri

Kak KM

Oh! Tidak

Kak KM Kecewa Bagasi Mewah Dikopak, Duit RM10,000 Lesap Dicuri

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Kak KM meluahkan rasa kecewa apabila duit hilang dan bagasinya dibuka ketika dalam perjalanan dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur, sekitar dua minggu lalu.

ADVERTISEMENT

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mula menyedari kehilangan wang tunai berjumlah RM10,000 berserta tiga beg mewah berjenama yang dianggarkan bernilai RM16,000 yang diletakkan dalam bagasi berkenaan ketika tiba di rumah.

Difahamkan, Kak KM memang sudah terbiasa membawa wang tunai dengan meletakkan ia di dalam bagasi ketika pergi ke mana-mana sahaja.

Saya memang biasa bawa wang tunai dalam ‘luggage’ sebab sebelum ini pun saya pernah simpan RM100,000 dalam beg sama ke Eropah, tapi selamat.

Masa menunggu, kami berempat diminta masuk paling akhir walaupun dah tempah ‘hotseat’, tengok-tengok bagasi kami diletakkan di bahagian belakang kerana ruang simpanan atas kami dah penuh.

Waktu itu kita ikut saja tanpa syak, apabila sampai rumah, saya perasan dah ada kesan manakala isinya iaitu duit serta tiga lagi beg kecil jenama mewah lesap tinggal bra dan seluar dalam saja.

Kak KM

Malah, usahawan itu sangat geram dan marah apabila panggilan yang dibuat kepada syarikat penerbangan berkenaan seolah-olah seperti malas dilayan.

Saya kecewa, duit boleh kita cari tapi kepercayaan terhadap mereka (syarikat penerbangan) itu sudah tiada.

Kalau diingat balik, memang saya pelik sebab kami menjadi penumpang akhir yang masuk pesawat selain beg diletak jauh ke belakang.

Kak KM

Malah, kejadian ini seperti sudah dirancang selain terdapat beberapa insiden yang dilihat sangat pelik kerana disajikan minuman banyak kali.

Pada awalnya, Kak KM berhasrat untuk tidak mendedahkan kejadian tersebut, namun terpaksa dikongsikan sebagai pengajaran buat semua orang.

Selama ini saya percayakan syarikat berkenaan, namun seperti ada yang tak kena sepanjang penerbangan lebih dua jam itu.

Beg diumpil dengan benda tajam macam pisau, mana mungkin penumpang boleh membawa barang sebegitu naik pesawat?

Harap ada rakaman CCTV (kamera litar tertutup) sebab saya nak tahu macam mana kejadian begini boleh berlaku. 

Tambahan, Kak KM telah membuat laporan polis pada 29 November lalu kerana ia melibatkan lebih RM26,000.

Bukan itu sahaja, usahawan itu turut membuat aduan serta menuntut ganti rugi atas kecuaian kakitangan syarikat penerbangan tersebut.

BACA: Kak KM Demam, Menangis Dari Pagi Gara-Gara Difitnah Isu Feng Shui Dan Solat

Terdahulu, Kak KM dikecam selepas tular video menunjukkan Kak KM mengulas isu feng shui dalam urusan jual beli tanah.

Kredit: Instagram LianaRosli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Takkan ada lagi babak jenis macam ni, dulu kan dah kecoh pasal drama “Perempuan Itu”…

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas