Connect with us

Oh! Media

Wanita Nafi Kekasih Kepada Adik Shila Amzah Digesa Keluar Dari Banglo, Rupanya ND Lala Yang Bawa Masuk?

Oh! Artis

Wanita Nafi Kekasih Kepada Adik Shila Amzah Digesa Keluar Dari Banglo, Rupanya ND Lala Yang Bawa Masuk?

Sebelum ini seorang wanita bernama Eiza Idanie yang juga didakwa kekasih kepada Amir Syafiq telah digesa untuk keluar dari banglo milik Shila Amzah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Yang Makan Bersuap Senang Cakap” – Banglo Rupanya Shila Amzah Punya, Ada Sebab Nak Kena Jual

Walau bagaimanapun, Eiza Idanie telah menafikan yang dia adalah kekasih kepada adik Shila Amzah dan menjelaskan hal sebenar bagaimana dia boleh masuk ke dalam rumah berkenaan.

Menurut Eiza, dia telah dipelawa bapa kepada Shila, Nd Lala apabila rumahnya dan barang perniagaan miliknya rosak teruk akibat banjir di Hulu Langat.

Eiza juga berkata yang dia membayar harga barang kegunaan harian serta makanan-makanan kucing ketika tinggal di kediaman itu, bukan hanya ‘duduk saja’.

Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.

Bukan tu jer, ibu kepada Shila Azmah iaitu Fauziah Sarman banyak kali pujuk Eiza untuk pulang ke rumah itu setelah dia keluar selama beberapa bulan lepas.

Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya, jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.

Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawan seperti China dan luar daerah.

Begitu kisahnya.. Apapun semoga dipermudahkan segala urusanlah buat keluarga Shila dan sesiapa saja yang berkait dalam hal ini.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas