Connect with us

Oh! Media

8 Aktiviti Wajib Cuba Di Taiwan Yang Underrated & Mesra Muslim Tak Ramai Tahu

taiwan attractions

Branded

8 Aktiviti Wajib Cuba Di Taiwan Yang Underrated & Mesra Muslim Tak Ramai Tahu

Kalau ditanya destinasi bercuti di Asia, negara-negara seperti Korea Selatan, Indonesia, Jepun dan Thailand antara yang popular. Tapi, pernah tak korang terfikir untuk menjelajah keindahan Taiwan?

Jom kami share 8 aktiviti yang korang boleh lakukan apabila berkunjung ke Taiwan. Let’s gooo!

Perah susu lembu di Flying Cow Ranch

taiwan flying cow ranch

Dekati haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan arnab dan tinggal dalam kehijauan di Flying Cow Ranch di daerah Miaoli.

Di sini, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman memerah sendiri susu lembu di ladang selain memberi makan kambing dan arnab di ladang berhampiran penginapan Flying Cow Ranch ini.

Buat sendiri kek nenas

taiwan pineapple cake

Di kedai Vigor Pineapple, pengunjung bukan sahaja boleh membeli kek nenas dan pelbagai jenis snek yang diperakui halal, korang juga boleh merasa sendiri pengalaman menguli dan memproses sendiri snek popular Taiwan ini.

Terdapat berpuluh jenis snek yang laris di sana. Paling favourite kami tentulah kek nenas dan biskut diperbuat dari rebung. Unik bukan?

Kemeriahan malam di Ximending Shopping Street

taiwan ximending

Rasai sendiri kemeriahan malam di Ximending Shopping Street yang menjual pelbagai cenderahati, snek dan minuman paling wajib cuba di Taiwan, boba milk tea!

Kalau sebelum ni minum Xing Fu Tang di Malaysia je, apa kata cuba sendiri minuman viral di tanah kelahirannya sendiri. Orang Taiwan sendiri pun beratur panjang tau! Selain tu, ada bermacam lagi boba milk tea yang popular di sini untuk korang cuba, so bolehlah try semua kat sini ok?

Teroka keunikan Yehliu Geographic Park

taiwan yehliu

Bagi korang yang sukakan dan menghargai formasi kejadian unik geologi, inilah tempatnya. Nampak macam pantai biasa, tapi sebenarnya banyak formasi beratus tahun yang boleh dilihat di sini.

Yang paling mencuri tumpuan semestinya ‘Queen’s Head’ selain ‘Sea Candles’, ‘Fairy Shoe’, ‘Ginger Rocks’, ‘Kissing Rock’ dan banyak lagi.

Walaupun agak jauh terpencil untuk ke sini, tapi semestinya berbaloi untuk singgah bila menjejakkan kaki ke Taiwan.

Kembali ke zaman dulu kala di Jiufen Old Street

Kalau ke Jiufen Old Street, pengunjung seperti di bawa mesin masa kembali ke zaman lampau. Setiap lorong-lorong masih mengekalkan seni bina zaman dahulu kala yang masih terpelihara dan asli.

Senibina yang mempunyai pengaruh Jepun ini menjadi inspirasi filem popular Spirited Away. Di sini pengunjung boleh mencuba pelbagai street food dan juga cenderahati untuk dibawa pulang kepada rakan dan keluarga.

Menikmati hasil laut di Taipei Fish Market

taiwan taipei fish market

Salah satu highlight kalau ke sana semestinya kunjungan ke Taipei Fish Market! Hasil lautnya memang segar-segar semuanya. Kami sempat tengok sendiri king crab yang sangat besar! Seram pun ada. 

Macam-macam hasil laut ada di sini, nak pilih untuk terus dimasak dan dinikmati pun boleh jugak. Tinggal sediakan duit je.

Beitou Thermal Valley macam masuk ke alam lain

taiwan beitou

Daerah Beitou terletak di kaki Gunung Yangming dan merupakan salah satu gunung yang membentuk Yangmingshan National Park. Salah satu gunungnya adalah Qixingshan yang merupakan gunung berapi direkodkan kali terakhir meletus 700,000 tahun dahulu.

Masuk je ke sini, suhu panas dari air berwarna biru kehijauan membentuk gumpalan wap seakan kabus awan. Cukup berbeza dan seperti masuk ke alam lain! Turut disediakan berhampiran sini adalah muzium untuk memberi info sejarah mengenai lokasi tarikan pelancong ini.

Lepaskan tanglung angkasa di Shifen Old Street

taiwan shifen old street

Satu lagi tarikan dan aktiviti mesti cuba jika ke sana adalah melepaskan tanglung yang ditulis dengan ucapan ke angkasa.

Aktiviti ini boleh dilakukan di Shifen Old Street. Pengunjung diberi peluang untuk menulis sendiri ucapan atau harapan pada tanglung sebelum akan dilepaskan ke angkasa.

Di sini juga, kereta api tradisional juga akan melalui landasan berhampiran kawasan sekitar tanglung angkasa dilepaskan.

Semua ini dan banyak lagi pengalaman unik kami sendiri dapat alami dan rasai dalam trip ke Taiwan yang dibawakan oleh Watsons. Istimewanya, 10 pemenang (bersama pasangan) peraduan Salam Taiwan bersama Ayda Jebat dibawa menjelajah keunikan Taiwan selama 5 hari 4 malam.

Pemenang yang juga ahli Watsons dibawa untuk melihat sendiri keindahan muka bumi, budaya, makanan dan lokasi tarikan Taiwan yang mesra Muslim. Siapa sangka rupanya ada masjid besar di sana iaitu Taipei Grand Mosque! #watsonsclub #salamtaiwan #destinasisensasi #mesramuslim

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas