Connect with us

Oh! Media

Sukakan Manisan? Jom Cuba 4 Pencuci Mulut Dari Korea Selatan Ini

korea

Oh! Travel

Sukakan Manisan? Jom Cuba 4 Pencuci Mulut Dari Korea Selatan Ini

Annyeonghaseyo korang! 

ADVERTISEMENT

Seperti yang kita ketahui, Korea Selatan amat terkena dengan hiburan musik, drama dan tempat-tempat mereka yang menarik.

Malah, kalau korang nak tahu Korea Selatan ini juga terkenal dengan pencuci mulut yang manis dan unik rekaan serta rasanya.

Jom kita lihat 4 pencuci mulut yang berasal dari Korea Selatan dan sedang tular di serata dunia.

Patbingsu

Mesti korang pernah tengokkan pencuci mulut ni. Patbingsu ini merupakan ais yang dikisar dan dihidangkan bersama kacang merah serta ‘soft rice cake’.

Sejak pencuci mulut ini sudah viral di serata dunia ia telah diubah suai dan mempunyai lebih variasi pilihan seperti perisa strawberi, teh hijau dan mangga.

korea

Patbingsu ini enak dinikmati ketika cuaca yang panas kerana dapat menyejukkan badan korang dengan segera.

Injeolmi

Injeolmi merupakan sebuah pencuci mulut berasakan kek beras Korea dan akan disaluti dengan serbuk kacang kering.

korea

Pencuci mulut ini hadir dengan saiz yang kecil dan enak untuk dinikmati bila-bila masa sahaja walaupun korang berada di rumah.

Kebiasaannya Injeolmi hanya akan disajikan di majlis khas seperti majlis perkahwinan dengan harapan pasangan berkenaan akan sentiasa berkekalan hingga ke akhir hayat.

Yakgwa

Siapa yang pernah tonton drama Korea Selatan, Alchemy Of Soul mesti pernah tengok biskut ni kan?

Baru-baru ini, Yagkwa atau biskut madu manis ini mula viral sejak muncul dalam kdrama yang popular tersebut.

korea

Yagkwa ini merupakan manisan tradisional Korea dan juga bermaskud ubat manisan kerana bahan-bahan pembuatannya.

Selalunya, biskut madu manis ini sesuai dinikmati bersama dengan teh panas sewaktu minum petang.

Songpyeon

Setiap kali perayaan chuseok wajib akan dihidangkan Songpyeon iaitu kek beras yang berbentuk separuh bulan.

korea

Pencuci mulut ini selalunya mengandungi inti seperti pes kacang merah, madu dan bijan serta didatangkan dengan pelbagai warna.

Songpyeon sangat sesuai bagi mereka yang sukakan pencuci mulut manis dan kenyal.

Kalau korang melawat ke Korea Selatan jangan lupa cuba 4 pencuci mulut viral ni tau!

BACA: Suka Nikmati Makanan Ringan? Ini Adalah 4 Makanan Jalanan Korea Selatan Yang Wajib Anda Cuba!

Terdahulu, kami juga ada kongsikan 4 makanan jalanan yang wajib korang cuba apabila melancing ke Korea Selatan.

Kredit: TikTok MariMogo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Haaa kan dah jatuh fitnah ni gais. #bas #larkin #viral #ohmedia #hj

♬ Travel – SoundCasaRec

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas