Connect with us

Oh! Media

Individu Solat Maghrib Semasa Konsert Coldplay Teruk Dikecam Netizen

coldplay

Trending

Individu Solat Maghrib Semasa Konsert Coldplay Teruk Dikecam Netizen

Baru-baru ini, salah satu konsert terbesar di Malaysia telah dipersembahkan oleh kumpulan Coldplay bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

ADVERTISEMENT

Tular sebuah video memaparkan seorang individu yang sedang menunaikan solat ketika waktu Maghrib di tengah-tengah stadium berkenaan.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap perkara itu sia-sia kerana individu itu tetap menghadiri ke acara yang melalaikan.

Tanggungjawab dengan Allah still jaga. Terbaik kak.

Kepada netizen, tak semua orang pergi konsert Coldplay ni lupa Tuhan.

Solat dalam tempat maksiat konsert bercampur lelaki perempuan.

Apa gunanya solat, tetapi kalah dengan godaan Coldplay iaitu satu tempat maksiat. Tempat bersolat seorang wanita seharusnya seorang diri di rumah, bukan tempat yang campur lelaki dan perempuan.

https://www.tiktok.com/@izzatizamrii/video/7305075135088708866

Dalam pada itu, ada sesetengah pihak yang mengecam dan mempersoalkan tempat dan cara wanita berkenaan solat.

Malah, ada yang menyatakan konsert itu tidak sepatutnya diadakan, lagi-lagi di saat isu peperangan di Palestin masih lagi berterusan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menyebelahi individu itu kerana masih tidak lupakan kewajipan seorang Muslim meskipun menghadiri konsert Coldplay.

BACA: Individu Dakwa Coldplay Lakukan Ritual Ketika Persembahan Di Malaysia?

Terdahulu, seorang individu mendakwa vokalis kumpulan Coldplay, Chirs Martin ada melakukan satu ritual pemujaan.

Kredit: TikTok

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • coldplay
  • coldplay

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas