Connect with us

Oh! Media

Tidak Sebarkan Rakaman Tragis Mangsa Syuhada Palestin, Boleh Buat Solat Jenazah Ghaib

Palestin

Oh! Islam

Tidak Sebarkan Rakaman Tragis Mangsa Syuhada Palestin, Boleh Buat Solat Jenazah Ghaib

Berikutan dengan solidariti yang dilakukan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin seperti menyertai perhimpunan serta memboikot produk berpotensi menyalurkan dana kepada Israel.

ADVERTISEMENT

Korang juga boleh melaksanakan solat jenazah ghaib terhadap para syuhada (orang yang meninggal saat sedang membela agama Allah) di Palestin.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada menjelaskan tentang hal berkenaan selepas seorang individu bertanya sama ada ia dibolehkan atau tidak.

Apakah boleh untuk menunaikan solat jenazah ghaib ke atas para syuhada yang gugur di Palestin?

Jika seseorang itu ingin melaksanakan solat jenazah ghaib buat mereka yang terkorban di Palestin demi mempertahankan agama Allah adalah dibenarkan.

وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu ialah orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.”

Surah al-Baqarah (154)

Ayat di atas menerangkan peringatan kepada orang beriman agar jangan beranggapan mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu tidak mempunyai apa-apa nilai.

Palestin

Hakikatnya mereka itu ialah orang-orang yang ‘hidup’ dengan keadaan yang istimewa di dalam kubur-kubur mereka namun tidak diketahui bagaimana keadaannya melainkan oleh Allah SWT.

Malah, Dr Zulkifli juga menjelaskan penjarahan oleh puak-puak Yahudi dan rejim Israel merupakan satu pelupusan etnik dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang ditalakan kepada umat Islam Gaza, Palestin.

Sudah lebih sebulan berlangsungnya serangan dahsyat oleh rejim Israel tanpa ihsan dan rahmah sehingga hospital al-Ahli juga dibom selain masjid, tempat belajar, sekolah dan kemudahan awam menjadi sasaran mereka.

Inilah rejim zionis yang menunjukkan belang sebenar dalam memusuhi umat Islam. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada umat Islam Palestin dalam mempertahankan negaranya.

Semoga bantuan daripada umat Islam seluruh dunia dapat sampai ke bumi Palestin ini.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli berkata antara adab sebagai umat Islam apabila menerima berita yang dukacita, kita mengucapkan Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun.

Ia merupakan perkataan Arab yang disebut dalam al-Quran pada ayat ke-156 surah kedua, al-Baqarah.

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Ujar Dr Zulkifli lagi, oleh yang demikian kita boleh melaksanakan solat jenazah ghaib buat mereka, sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah RA dalam riwayat al-Bukhari (1188) dan Muslim (951).

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِىَّ فِى الْيَوْمِ الَّذِى مَاتَ فِيهِ، فخَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersedih atas kematian al-Najasyi, lalu Baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali.”

Bukan itu sahaja, Dr Zulkifli turut menasihatkan agar kita menjaga aib mangsa yang mati syahid seperti tidak memaparkan tubuh mereka yang hancur, kepala berkecai dan seumpamanya.

Namun teruskanlah menyebarkan info-info berkaitan Palestin dalam memperjuangkan hak bagi rakyat Palestin. Hanya kepada Allah SWT sahaja kita memohon pertolongan bagi membantu mereka yang sedang dalam perjuangan.

Marilah kita sama-sama mendoakan mereka agar Allah SWT membebaskan Palestin daripada penjajahan Israel laknatullah dan memberi kegembiraan buat rakyat Palestin.

BACA: “Tak Ambil Tahu Isu Palestin, Hukumnya Berdosa”- Ini Penjelasan Ustaz Adnin

Terdahulu, Ustaz Adnin pernah menjelaskan hukum jika seseorang itu tidak mengambil tahu isu yang sedang berlaku di Palestin.

Kredit: Maktabah Al-Bakri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Jangan hidup penuh dengan alasan plis kalau nak berjaya.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • Palestin
  • Palestin

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas