Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Pantai Tercantik Di Krabi Yang Anda Wajib Lawati

Oh! Travel

Ini 5 Pantai Tercantik Di Krabi Yang Anda Wajib Lawati

Kalau dah melancong ke Krabi, memang rugi kalau korang tak singgah ke beberapa pantai yang sangat indah di sana.

ADVERTISEMENT

Mengunjungi ke pantai-pantai di Krabi sudah menjadi bucket list yang wajib korang lakukan.

Cumanya, pantai-pantai di sana sedikit sesak kerana ramai pelancong dari serata dunia datang berkunjung.

Korang mesti buntu nak pergi pantai yang mana satu kan?

Jangan risau, berikut adalah 5 pantai-pantai tercantik yang boleh korang berkunjung di Krabi.

Hong Island

pantai

Dalam bahasa Thai, hong bermaksud ruang dan pulau ini diberikan nama Hong Island disebabkan ruang lagun yang terletak di tengah-tengah.

Difahamkan, kadang-kadang air laut akan berubah daripada hijau kepada turqoise kembali hijau.

Bukan itu sahaja, di Hong Island juga ada hutan hujan tropika yang lebih memberikan sentuhan ala-ala semula jadi.

Ao Nang

pantai

Siapa je yang tak kenal dengan pantai Ao Nang? Mana tidaknya, Ao Nang ni adalah lokasi paling popular di Krabi.

Untuk pengetahuan korang, pantai di sini sangat terkenal kerana air lautnya yang suam dan pasir yang lembut.

Kalau waktu cuti sekolah, pantai Ao Nang memang akan sesak dengan ramai pelancong dari serata dunia.

Jangan risau, kalau korang lapar terdapat kedai-kedai makan yang berdekatan dengan lokasi pantai ini.

Phra Nang, Railay

Pantai Phra Nang sebenarnya sangat dekat dengan pantai Ao Nang, tetapi kalau nak pergi perlu naik bot sebab pantai ini dikelilingi batu-batu bukit yang tajam.

Menariknya, pantai Phra Nang sangat cantik kerana air lautnya warna turqoise dengan bersebelahan dengan gua.

Nopparat Thara

Penduduk tempatan Thai sangat gemar dengan pantai Nopparat Thara kerana boleh berkelah di sini, walaupun permandangannya tidaklah secantik macam di Phra Nang atau di Hong Island.

Salah satu sebab utama kenapa orang tempatan suka ke sini adalah suasananya yang nyaman dan sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Maya Bay, Koh Phi Phi

Siapa je yang tak kenal dengan pantai Maya Bay ni, ia pernah menjadi tempat shooting filem The Beach, lakonan Leonardo DiCaprio.

Disebabkan pantai ini merupakan antara destinasi ‘hotspot’ pelancong jadi korang dinasihatkan datang pada waktu pagi.

Ha baru lah korang berpeluang menikmati Maya Bay dengan tenang..

BACA: Makanan Viral Patut Cuba Bila Dah Sampai 7-Eleven Thailand, Jom Healing!

Sebelum ini kami ada kongsikan, beberapa makanan viral di 7-Eleven Thailand yang wajib korang cuba jika bercuti di sana.

Kredit: Deenamik.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7298328884796296456?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas