Connect with us

Oh! Media

“Kalau Hati Busuk, Zikir Dan Istighfar” – Damian Nafi Perli Khairul Aming, Tuju Kepada Netizen Taksub

damian mikhail

Oh! Artis

“Kalau Hati Busuk, Zikir Dan Istighfar” – Damian Nafi Perli Khairul Aming, Tuju Kepada Netizen Taksub

Penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail mengundang kecaman ramai selepas memuat naik satu hantaran mengenai Sambal Nyet Khairi yang didakwa meniru produk pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

ADVERTISEMENT

BACA: Khairul Aming Tidak Berdiam Diri! Ini Tindakan Yang Diambil Ke Atas Produk ‘Sambal Nyet Khairi’

Kata Damian, netizen ‘naik hantu’ apabila produk Sambal Nyet ditiru tetapi memuji apabila pempengaruh itu mengeluarkan resepi burger prosperity.

damian mikhail

Sedar dirinya dikritik teruk, penyanyi ini tampil dengan penjelasan mendakwa hantaran itu ditujukan kepada pentabsub Khairul Aming.

Damian turut menafikan dirinya menyokong kerja-kerja menciplak. Malah dia sebagai artis juga lantang bersuara melawan isu plagiat dan hak cipta.

Berkenaan isu Khairul Aming pula, dia menyokong tindakan yang diambil pempengaruh itu kerana wujudnya locus standi.

Dia bukan pertikai sambal, tapi benda intangible and specific mcm packaging, intellectual property atas nama nyet, warna, logo, susun atur label, greeting card, copywriting and overall presentation of product & brand.

Kalau dah ada register trademark, maka lagi lah dia boleh teruskan tindakan saman. Aku juga tau bezakan situasi adalah berbeza tapi melibatkan IP. Resipi pun adalah IP.

Aku tak sebodoh orang-orang yang tak erti nak baca dan hadam post cuit jenaka simple ni. Semua benda pun nak emo.

Kata Damian lagi, dia sendiri meminati Khairul Aming dan isterinya banyak mencuba resepi yang dikongsi pempengaruh itu.

Secara berseloroh Damian menyebut, tak pasal-pasal dia kena marah dengan bini disebabkan tweet gurauan yang disalah erti orang ramai.

Kredit: Instagram Damian Mikhail Music

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas