Connect with us

Oh! Media

Rupanya Ada Wanita Islam Di Malaysia Pecah Rekod Bersuami Empat Serentak

Oh! Tidak

Rupanya Ada Wanita Islam Di Malaysia Pecah Rekod Bersuami Empat Serentak

Tak sangka! Rupanya ada wanita islam di Malaysia yang bersuami empat secara serentak. Berjiwa suami ke apa ni?

ADVERTISEMENT

Menurut satu hantaran di Twitter, seorang peguam syarie yang dikenali sebagai Hasanah dedah bahawa dia ada dengar sebutan kes wanita berkenaan yang hadir bersama suami keempatnya di mahkamah.

Katanya lagi, suami keempat wanita itu memfailkan faraq nikah (pembubaran perkahwinan) ketika hadir ke mahkamah.

Wanita itu kantoi mempunyai suami lain oleh suami keempatnya selepas seminggu berkahwin. Allahu, kesiannya..

Hakim tanya macam mana dia tahu. Dia jawab ia bermula selepas didatangi seorang lelaki yang memaklumkan bahawa isterinya merupakan isteri orang lain.

Lepas jer dengar perkara itu, suami keempatnya terus pergi pejabat agama untuk buat semakan sebelum mendapati isterinya memang sudah berkahwin dengan lelaki yang jumpanya itu.

Wanita itu dikatakan bernikah kali pertama pada tahun 2008 dan telah memfailkan fasakh tapi tiada perintah fasakh selepas kesnya dibuang sebab tak hadir ke mahkamah.

Kali kedua pula dia berkahwin di Thailand pada tahun 2013 dan kali ketiga pun dinikahi suaminya pada tahun 2017 dan tidak dinyatakan sebab mereka tidak lagi bersama.

Wanita itu berkahwin di luar negara dan tak ada rekod. Dia balik ke Malaysia selepas terpisah dengan suami dan dia menganggap perkahwinan itu terbubar sendiri.

Suami keempat wanita itu juga kelihatan tenang dan isterinya hanya berpeluk tubuh sebelum mengaku di hadapan hakim mengenai perbuatannya itu.

Kredit: Twitter 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas