Connect with us

Oh! Media

Wahab Dedah Diganggu Secara Seksual Oleh Bekas Ketua Pengarah Ketika Berada Di Bintulu

wahab

Oh! Negara

Wahab Dedah Diganggu Secara Seksual Oleh Bekas Ketua Pengarah Ketika Berada Di Bintulu

Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani buat U-turn dengan dedahkan dirinya teah diganggu secara seksual oleh Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, bekas Ketua Pengarah J-KOM.

ADVERTISEMENT

Wahab turut dilaporkan sudah membuat laporan polis dan kini pihak polis sedang lakukan siasatan terhadap Agus.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain selepas laporan dibuat Wahab di IPD Kajang.

Kejadian gangguan seksual itu berlaku pada 21 Oktober ketika berada di dalam sebuah hotel di Bintulu, Sarawak. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

Selepas maruahnya tercemar dan dikecam hebat, Wahab akhirnya mengambil keputusan berani untuk tampil ke balai polis dan melaporkan perkara sebenar untuk membersihkan namanya.

Dalam pada itu, Wahab turut membuat laporan bagi melindungi dirinya daripada sebarang gangguan tidak diingini dan menafikan dirinya terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Agus.

Kredit: BH Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas