Connect with us

Oh! Media

Cucu Penyanyi Terkenal Berpangkat Datuk Didakwa Cabul Sepupu Sendiri Mengaku Tidak Bersalah

Oh! Tidak

Cucu Penyanyi Terkenal Berpangkat Datuk Didakwa Cabul Sepupu Sendiri Mengaku Tidak Bersalah

Seorang remaja lelaki yang merupakan cucu kepada penyanyi terkenal tahun 70-an berpangkat Datuk didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi semalam atas pertuduhan mencabul sepupupunya sendiri. Korang kenal tak?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, cucu penyanyi yang berusia 17 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Kalau mengikut pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupunya yang juga merupakan cucu kepada Datuk itu pada jam 3 pagi, 15 Oktober lepas di sebuah rumah di Jalan Gasing Seksyen 5.

Cucu lelaki penyanyi itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Remaja lelaki itu dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes telah ditetapkan pada 15 Februari depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Khairun Nisa Noor Harun manakala peguam Datuk Suraj Singh mewakili remaja itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas