Connect with us

Oh! Media

Video Masakan Kena Rembat, Che Nom Terkilan Dengan Sikap Individu Di TikTok

Che Nom

Oh! Tidak

Video Masakan Kena Rembat, Che Nom Terkilan Dengan Sikap Individu Di TikTok

Influencer masakan terkenal, Che Nom meluahkan kekecewaan di media sosial apabila terdapat individu yang mengambil video resepi masakan miliknya sesuka hati dan upload semula di TikTok.

ADVERTISEMENT

Lebih-lebih lagi video yang dikeluarkan semula di akaun individu itu meraih 100 ribu tontonan sehingga ada yang ingat bahawa itu adalah akaun rasmi Che Nom.

Che Nom

Penat-penat kita masak, record, shooting dan edit macam tu je dia rembat video kita, tinggi pulak views tu, adoii..

Untuk pengetahuan korang, seorang lagi Influencer masakan yang dikenali sebagai Limau Nipis juga mengalami masalah yang sama. Katanya modus operandi individu tersebut adalah mengumpul seberapa ramai pengikut sebelum akaun itu dijual pada orang lain.

Che Nom

Kesimpulannya, kita tak boleh nak halang orang untuk rembat video yang sudah publish di media sosial. Sebaiknya letak Watermark. Kurang sikit rasa sakit hati tu.

Kredit: Facebook Che Nom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas