Connect with us

Oh! Media

Muka Je Lawa, Tapi Dapur… Ini Cara Mudah Cuci Gas Berkerak Hitam

dapur

Oh! Lifestyle

Muka Je Lawa, Tapi Dapur… Ini Cara Mudah Cuci Gas Berkerak Hitam

Bila dah hari-hari masak, kebiasaan dapur gas akan ada kesan minyak yang melekat di permukaan dapur dan tungku, kan?

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Tips Mudah Dekorasi Bilik Tidur Sempit Jadi Lebih Selesa Gaya Minimalis

Memang kena selalu lap selepas masak untuk mengelakkan kotoran degil dan semakin susah nak dibersihkan.

dapur gas

Walaupun dah guna pelbagai jenis sabun, kadang-kadang kotoran ini tetap berbekas. Kain lap dan tisu pun dah berminyak-minyak jadinya.

Di sini, kami nak kongsi cara mudah bersihkan kotoran degil perkongsian asal daripada pengguna TikTok Jason Jezi.

Apa yang korang perlukan ialah;

  1. Baking soda
  2. Cuka
  3. Tisu
  4. Garam
  5. Kain lap

Cara-cara membersih;

dapur

Mula-mula sekali letakkan baking soda di sekeliling dapur memasak. Kemudian tuangkan sedikit cuka dan tutup permukaan dengan tisu.

dapur

Biarkan tisu menyerap kotoran selama lima minit dan lap. Selepas itu taburkan garam dan lap lagi menggunakan kain.

Hasilnya memang bersih berkilat, puas hati tengok! Korang cubalah sendiri dan kongsikan hasilnya tau.

Kredit: TikTok Jason Jezi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas