Connect with us

Oh! Media

Adik Ini Hanya Dapat Ganti Rugi RM123,556 Berbanding RM3.1 Juta Kes Saman Terpotong Kepala Alat Sulit

kes saman

Oh! Tidak

Adik Ini Hanya Dapat Ganti Rugi RM123,556 Berbanding RM3.1 Juta Kes Saman Terpotong Kepala Alat Sulit

Tak dapat kami yang lelaki ni bayangkan kalau kejadian macam ni terjadi dekat diri sendiri. Rasanya kalau dapat duit ganti rugi banyak macam manapun memang takkan cukup dan sama. Apapun, harapan lelaki ini untuk mendapatkan ganti rugi RM3.1 juta tidak tercapai.

ADVERTISEMENT

Walaupun menang kes saman terhadap kerajaan Malaysia dan empat pihak lain, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hanya memutuskan ganti rugi sebanyak RM123,556 kepada mangsa.

Panel hakim yang dipengerusikan Datuk Ravintharan Paramaguru sebulat suara menyatakan pemberian ganti rugi oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini terlalu tinggi.

Ganti rugi am RM2 juta diperoleh responden (pemuda) terlalu tinggi dan tidak disokong oleh sebarang dokumentasi. Oleh itu, ganti rugi am RM2 juta dikurangkan kepada RM100,000 manakala ganti rugi khas dikurangkan daripada RM108,356 kepada RM23,556.

Mahkamah juga mengetepikan ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM1 juta yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kerana kedua-dua ganti rugi itu tidak dinyatakan dalam pliding (tuntutan saman) dan tiada asas untuk membenarkan kedua-dua ganti rugi tersebut namun kos RM100,000 yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan. – Kata hakim.

Empat pihak lain yang dituntut membayar saman adalah pegawai perubatan, pengarah Hospital Kuala Lipis, Pahang, doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor.

Ketika kejadian mangsa baru berusia 10 tahun dan kini sudahpun berusia 22 tahun. Ibu mangsa turut menyatakan anaknya itu berubah sikap kepada seorang yang amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya. Semoga adik ini tabah dan cekal dengan dugaan yang menimpa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas