Connect with us

Oh! Media

Berita Baik Buat ‘Hacker’! Angkatan Tentera Malaysia Mahu Rekrut Anda Sebagai Aset Pertahanan Negara

angkatan tentera malaysia

Oh! Negara

Berita Baik Buat ‘Hacker’! Angkatan Tentera Malaysia Mahu Rekrut Anda Sebagai Aset Pertahanan Negara

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini memaklumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahu menjadikan bakat yang ada pada anak muda yang mahir dalam penggodaman sebagai aset baharu pertahanan negara.

ADVERTISEMENT
angkatan tentera malaysia
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Program ini dikenali sebagai Angkatan Masa Hadapan di mana pasukan ini akan ditumpukan kepada ancaman bukan tradisional seperti keselamatan siber, ancaman digital dan elektromagnetik pertahanan. Bahkan, pasukan ini nanti akan ada uniform khas tau, GEMPAK weh!

Di luar sana, ramai anak muda yang terbabit dalam e-sport. Jadi, kita mungkin akan kaji relevannya untuk mereka ini diserap. Perang masa depan akan lihat dari sistem saja.

Itu sebab, kita kena kaji supaya kita tak ketinggalan kerana negara lain terutama Singapura sudah jadikan ini sebagai ketumbukan keempat dalam sistem perkhidmatan tenteranya.

angkatan tentera malaysia

Dalam pada itu, Khaled juga berkongsi ramalan penganalisis yang melihat pertempuran dan pertembungan kuasa akan melibatkan teknologi canggih seperti unmanned drones dan aset yang dikawal pada jarak yang jauh.

Semua ini menjadi asas untuk kita melihat secara serius keupayaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), ‘big data’ dan pendigitalan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM

Diharapkan cadangan ini dapat diteruskan bagi memastikan negara kita sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman luar.

angkatan tentera malaysia

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas