Connect with us

Oh! Media

Ketua Polis KL Sahkan 31 Anggota Termasuk Pegawai Dibuang Kerja

polis KL

Oh! Tidak

Ketua Polis KL Sahkan 31 Anggota Termasuk Pegawai Dibuang Kerja

Terdahulu, media melaporkan sejak 2018 hingga Januari 2023, seramai 339 pegawai polis mempunyai masalah disiplin telah melalui proses pertukaran di seluruh negara.

ADVERTISEMENT

Antara kesalahan yang dilakukan pegawai yang ditukarkan ialah, mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga, ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin, dan terlibat dalam kegiatan dan aktiviti tidak bermoral.

BACA: Lebih 300 Pegawai Polis Ditukar Tempat Kerja Kerana ‘Projek’ Dan Khalwat Dengan Anggota Dah Kahwin

Terbaru, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan seramai 31 anggota termasuk pegawai polis kontinjen itu telah diambil tindakan buang kerja.

Foto: Kosmo!

Pelucutan jawatan 31 orang anggota itu bermula dari tempoh Januari hingga November lalu. Jelasnya, jumlah ini menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tempoh sama pada tahun 2022.

Seramai 31 anggota itu telah diambil tindakan hukuman Buang Kerja berbanding pada tempoh yang sama tahun 2022 iaitu sebanyak 40 orang.

Ujar Datuk Allaudeen, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Kuala Lumpur memandang serius isu disiplin serta integriti untuk menjaga nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia sangat penting bagi pegawai dan anggota untuk meningkatkan disiplin, melaksanakan tugas mengikut Standard Operating Procedure (SOP), menjauhi penyalahgunaan dadah, pemerasan, rasuah serta salah guna kuasa.

Beliau bagaimanapun akui dalam menjalankan tugas, anggota polis sentiasa berdepan dengan cabaran dan situasi yang menguji kesabaran serta emosi.

Jika gagal mengawal rasa marah, sudah tentu tindakan yang diambil mengundang seribu penyesalan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas