Connect with us

Oh! Media

“Biar Nampak Jahat Dari Bertopeng Kononnya Baik” – Ali Puteh Dedah Perangai Sebenar Hidayah?

ali hidayah

Oh! Artis

“Biar Nampak Jahat Dari Bertopeng Kononnya Baik” – Ali Puteh Dedah Perangai Sebenar Hidayah?

Selepas lama senyap, tiba-tiba kecoh pula isu melibatkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Norhidayah.

ADVERTISEMENT

Dalam temubual bersama mStar, Ali menjelaskan pembahagian harta faraid arwah Abam sudah diselesaikan bulan lalu. Katanya, semua orang sudah dapat hak masing-masing termasuk balu arwah.

BACA: “Sudah-Sudahlah..” – Ini Pesanan Ali Puteh Kepada Hidayah Mengenai Hutang Saman RM75k

Apa yang belum setel hanyalah hutang saman yang dikenakan mahkamah terhadapnya iaitu RM75,000. Tapi kata Ali, dia sudah berusaha pelbagai cara membuat rundingan tetapi ditolak Hidayah.

BACA: “Sikit Lagi Allah Buka Siapa Di Pihak Benar” – Hidayah Malas Layan, Ali Cakap Sebab Dah Dapat Duit

Di TikTok, pelawak yang kini berniaga sambal petai menceritakan kembali kronologi kes tersebut.

ali puteh
Tonton video penuh di TikTok Ali Puteh

Di ruangan komen, Ali dilihat mempertahankan diri apabila masih ada netizen yang tak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuatnya.

Ali juga menafikan dakwaan netizen bahawa dia bersikap tamak menyebabkan kontroversi tercetus. Ali meminta netizen yang nak tahu cerita sebenar supaya menghantar mesej kepadanya di Direct Message (DM).

Dalam masa yang sama, Ali meminta netizen bertanyakan kepada Hidayah sendiri apa yang telah dia lakukan. Ali juga menafikan Hidayah berada di pihak yang tersakiti, “Tiada siapa nak mengaku apabila berak di tepi jalan”, katanya.

Apa kebenaran yang disembunyikan Ali agaknya ya?

Kredit: TikTok Ali Puteh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas