Connect with us

Oh! Media

Suami Heliza Helmi Terkejut Tiba-Tiba Nama Dan Syarikat Kena Petik Dengan Suruhanjaya Sekuriti

heliza helmi

Oh! Artis

Suami Heliza Helmi Terkejut Tiba-Tiba Nama Dan Syarikat Kena Petik Dengan Suruhanjaya Sekuriti

Nama suami kepada penyanyi, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sekali lagi terpalit dengan dakwaan menipu orang. Bagaimanapun, dakwaan kali ini lebih berat kerana Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sendiri mengeluarkan amaran untuk semua berhati-hati dengannya.

ADVERTISEMENT

BACA: Didakwa Scammer, Suruhanjaya Sekuriti Keluar Amaran Mengenai Suami Heliza Helmi

Sedar dengan dakwaan itu, Mahadi mengakui dirinya terkejut dan manafikan dia terlibat dengan mana-mana penipuan.

Mahadi Badrul Zaman pelik nama dan syarikat masuk dalam sistem SC…

Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab belum dapat kepastian dari pihak SC, jadi pagi ini baru nak ke sana sebab ramai sudah bertanya apa dah jadi ni.

Memang tiada jawapan yang kukuh buat masa ini tapi Alhamdulillah setakat ini saya rasa syarikat saya tidak buat perkara yang salah, menipu atau lakukan perkara haram.

Saya sudah berhubung dengan pihak polis tapi mereka kata tiada apa laporan dibuat terhadap saya. Tapi, pihak SC masukkan nama saya dalam sistem, saya pun pelik tentang perkara itu. Agak serabut tapi saya akan cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin.

Jadi, kita tunggu dulu penjelasan lanjut dari Mahadi dan pihak SC tentang isu ini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas