Connect with us

Oh! Media

Universiti Malaya Diarah Hentikan Program Yang Akan Dihadiri Profesor Pro-Israel

universiti malaya

Oh! Negara

Universiti Malaya Diarah Hentikan Program Yang Akan Dihadiri Profesor Pro-Israel

Ketika ini timbul pula dakwaan berkait Universiti Malaya (UM) yang didakwa menjemput seorang profesor pro-Israel iaitu Bruce Gilley. Mamat ni dikatakan telah dijemput untuk memberikan syarahan dalam satu program di UM.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan pihak UM untuk menyerahkan segera laporan penuh. UM juga diarahkan untuk membatalkan semua program dan aktiviti yang dihadiri mamat terbabit.

Pada masa sama, suka untuk saya ingatkan kepada setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput individu atau pihak ke majlis dan program.

Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan. – Kata Menteri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dr Zambry juga memberi peringatan walaupun IPT mempunyai kuasa untuk memutuskan program intelektual mereka tetapi itu tidak bermakna bebas untuk melakukan apa sahaja. Pihak IPT perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia.

Untuk korang yang tidak mengenali Bruce Gilley, mamat ni adalah seorang Profesor Politik dan Hal Ehwal Global, Universiti Portland, Amerika Syarikat.

Mamat ni juga secara terbuka dan bangganya meletakkan bendera negara haram Israel seabgai gambar latar belakang akaun media sosialnya. Mamat ni juga ada memberikan pandangan kontroversi berkait kemelut Israel-Palestin di aplikasi X.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas