Connect with us

Oh! Media

“Arwah Tetap Di Hati Saya” – Ada Yang Cuba Mengurat, Hidayah Letak Syarat Kepada Bakal Suami

hidayah

Oh! Artis

“Arwah Tetap Di Hati Saya” – Ada Yang Cuba Mengurat, Hidayah Letak Syarat Kepada Bakal Suami

Balu kepada Allahyarham Abam, Siti Norhidayah sehingga ke hari ini masih belum dapat melupakan suaminya.

ADVERTISEMENT

BACA: Bukan Sebab Berlagak, Ini Punca Sebenar Hidayah Tolak ‘Cash’ RM75,000 Dibawa Ali Puteh

Biarpun sudah empat tahun berlalu, arwah Abam tetap bertakhta di hati Hidayah dan dia belum terfikir untuk mencari pengganti.

Kena terima Hamzah sekali

hidayah

Namun, Hidayah tidak menolak untuk berkahwin lagi sekiranya berjumpa dengan jodoh yang tepat.

Sejujurnya saya terbuka untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya sekiranya ada jodoh. Tapi buat masa ini saya mahu besarkan anak saya terlebih dahulu.

Hidayah yang kini bergelar usahawan kosmetik mengakui ada lelaki yang cuba ‘mengorat’ dan menghantar mesej di Instagram tetapi dia tak pernah membalas.

Ada juga yang datang ke kedai untuk berkenalan tetapi Hidayah berterus terang kata belum berminat.

Arwah tetap di hati saya. Susah untuk saya melupakannya. Siapa yang nak berkenalan dengan saya perlu sayangkan anak saya saya juga. Saya mahu lelaki itu menerima Hamzah dan saya sekali.

Betul juga kata Hidayah itu kan? Tak perlulah terburu-buru untuk kahwin. Sebaiknya fokus untuk diri sendiri dan Hamzah dahulu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas