Connect with us

Oh! Media

Pelakon Wanita Ini Dedah Dir*ba Bahagian Atas Dan Bawah Ketika Berubat Di Rumah Ustaz

Oh! Artis

Pelakon Wanita Ini Dedah Dir*ba Bahagian Atas Dan Bawah Ketika Berubat Di Rumah Ustaz

Terdapat satu kejadian dimana seorang pengacara dan pelakon, Elly Arifin menjadi mangsa gangguan seksual selepas dicabul seorang pengamal perubatan Islam yang bergelar ustaz. Allahu!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Oh! Bulan, kejadian itu berlaku pada tahun 2022 ketika dia datang ke rumah ustaz itu seorang diri untuk berubat.

Pelakon itu juga mendedahkan yang ustaz itu meraba tubuh badannya dan memasukkan tangan di bahagian sulit ketika dia dalam keadaan separuh sedar.

Pada tahun 2022, saya kena cabul dengan seorang ustaz dan ustaz ini adalah seorang yang sangat dipercayai dan rapat dengan keluarga saya, jadi memang tak terfikir pun untuk berlaku kejadian yang tak elok.

Kemudian mak suruh saya berjumpa dengan ustaz itu untuk tujuan berubat, macam nak pulihkan semangat sebenarnya. Ketika itu saya datang seorang diri, saya pakai baju sweater dua lapis dan seluar besar jadi memang takde ketat-ketat.

Lepastu dah mula berubat saya minum air yang sudah dibaca ayat oleh ustaz itu, dalam keadaan separuh sedar tiba-tiba saya dapat rasa tangan dia tengah meraba saya pada bahagian atas dan bahagian bawah alat sulit saya.

Dia sentuh dah seluk kat bahagian dalam tanpa lapik, dia dah seluk dalam skin to skin, 3 kali dia buat. Saya tak mampu untuk terus melawan, jadi saya terpaksa perlahan-lahan tolak dan mengelak.

Apa yang menakutkannya lagi apabila ustaz itu meminta untuk dia tidak bercerita mengenai kejadian itu kepada keluarga.

Tapi sebelum saya balik, dia sempat dan banyak kali pesan kat saya jangan cerita dekat mak tentang cara perubatan dia. Sedangkan dia adalah ustaz yang dipercayai keluarga saya kenapa saya tak boleh cerita pula.

Walau bagaimanapun, kes itu telah selesai selepas Elly membuat laporan polis dan ustaz itu mengaku bersalah.

Saya buat laporan polis tiga hari selepas kejadian itu. Dia telah didakwa dan dia mengaku bersalah dekat mahkahmah. Dia juga sudah bayar denda. Jadi kes ini telah ditutup sebab dia tak nak panjangkan lagi isu ini.

Saya simpan dendam sampai sekarang, tapi saya tak nak ingat dah sebab sampai sekarang masih trauma dengan kejadian itu. Setiap kali teringat saya akan menggigil tapi lama-lama saya cuba cari jalan untuk atasi perkara ini. Sebab itu saya nak sangat cerita dekat semua dan bagi awareness dekat korang.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas