Connect with us

Oh! Media

Pasangan UK Viral RM100 Sudah Berikan Semua Bukti Dan PDRM Mohon Maaf

pasangan uk

Trending

Pasangan UK Viral RM100 Sudah Berikan Semua Bukti Dan PDRM Mohon Maaf

Sebelum ini agak kecoh di media sosial selepas pasangan YouTuber UK yang agak terkenal dengan nama ‘Tread The Globe’ telah ditahan polis trafik.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelancong ‘UK Van Lifers’ Kongsi Rakaman Polis Minta RM100 Untuk Elak Saman RM300

Pihak PDRM selepas itu bertindak dengan pantas untuk mengesan tiga anggota yang terlibat dan menahan reman mereka berdasarkan maklumat yang diberikan pasangan UK terbabit.

Terkini, dalam satu perkongsian di Facebook TREAD the Globe, mereka kongsikan segalanya sudahpun selesai dan pihak PDRM turut membuat permohonan maaf.

PDRM turut sahkan pasangan UK tiada saman tertunggak…

Berikutan video terakhir, kami mengesahkan bahawa kami telah berkomunikasi dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Kami telah memberikan mereka rakaman video tidak disunting, tarikh, masa dan lokasi kejadian.

Pihak PDRM telah memohon maaf dan mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat kejadian tersebut serta tiada tiket saman yang tertunggak.

Walaupun mereka melalui kejadian yang kurang baik di Malaysia, pasangan UK Chris dan Marianne mengakui ia tidak menjejaskan rasa sayang mereka terhadap Malaysia dan pasti akan kembali semula ke negara ini.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas