Connect with us

Oh! Media

“Saya Mentua Paling Dibenci” – Ibu Aliff Aziz

aliff aziz

Oh! Artis

“Saya Mentua Paling Dibenci” – Ibu Aliff Aziz

Ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza sebelum ini banyak berkongsi kata-kata islamik yang berkait dengan isu rumah tangga anaknya. Bella Astillah juga sebelum ini turut mendakwa telah diaibkan ibu mentuanya di hadapan rakan-rakan sekolah anaknya di Singapura.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Ada Di Belakangmu Tak Kira Apa Juga Yang Berlaku” – Ibu Aliff Aziz Tak Henti Beri Kata-Kata Semangat

Hafiza bagaimanapun sedar dirinya mendapat kecaman hebat daripada netizen Malaysia ketika ini. Perkara itu diluahkannya ketika ditemubual pihak Melodi TV3.

Sekarang kan saya ibu mentua yang paling dibenci.

Bagaimanapun, ibu kepada penyanyi tersebut tetap tenang dan merasakan segala yang berlaku adalah ujian di bulan Ramadan.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu hanya mahukan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan kini ujian yang dilalui oleh Aliff serta Bella merupakan tanda Allah SWT menyanyangi kedua-dua individu itu.

Hafiza juga tidak pernah mengatakan anaknya tidak bersalah tetapi hanya mampu menasihati Aliff untuk muhasabah diri dan sentiasa berusaha kuatkan iman supaya sentiasa berada di jalan yang benar.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas