Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Lelaki Tersepit Dapat Mentua Penunggang Agama Buka Tahfiz Guna Nama Isteri, Pinjam Ah Long Dan Songlap Duit

mentua

Oh! Islam

#RENUNGAN Lelaki Tersepit Dapat Mentua Penunggang Agama Buka Tahfiz Guna Nama Isteri, Pinjam Ah Long Dan Songlap Duit

Baru-baru ini tersebar luahan seorang lelaki yang terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak sehingga bankrap berpunca dari perbuatan mentua yang boleh la kita andaikan seperti mentua dari neraka!

ADVERTISEMENT

Tanpa mendedahkan identitinya, lelaki itu mendedahkan semuanya bermula apabila ayah mentuanya membuat pinjaman kewangan menggunakan nama isterinya tanpa pengetahuan. Semua berkait sehingga menyebabkan nama isterinya turut disenarai hitam.

Libatkan anak bini sampai semuanya disenarai hitam…

Ayah mertua saya bankrupt sejak usia muda dek kerana buat pinjaman sana sini kononnya untuk buat bisnes terpaling untung.

Namun, semuanya tidak menjadi dan nama kena blacklist. Kemudiaa dia tak serik, terus menggunakan nama isterinya (mak mentua), tak lama lepastu nama isterinya turut. blacklist.

Sekarang dia menggunakan nama anaknya (isteri saya) pula semenjak sebelum kami berkahwin. Awalnya, saya buat tak endah namun baru-baru ini terjadi satu isu yang ah long mengganggu isteri saya.

Akibat daripada itu, kad pengenalan isterinya turut didedahkan dan diugut secara terbuka. Malangnya, isterinya tidak tahu tentang apa-apa pinjaman dengan ahlong dan rupanya telah digunakan bapanya tanpa izin.

Makin parah! Bapa mentua buka pusat tahfiz pula untuk tunggang agama?

Tidak cukup lagi dengan semua masalah tu, individu itu turut berkata bapa mentuanya ada membuka pusat tahfiz dan meletakkan nama isteri sebagai pengarah tanpa persetujuan.

Pada awalnya nampak macam okay perjalanan pusat tahfiz tu tapi muncul satu masa dia sering hubungi orang sana sini minta fund, nak buat pinjaman peribadi.

Sudah pasti semua tu menggunakan nama tahfiz atau nama isteri saya. Saya telah mendesak ayah mentua untuk menukar nama director tahfiz tersebut namun dia buat tak endah. Sampai ke tahap ah long ganggu seluruh family besar isteri saya.

Mesti ada yang tanya kenapa tak report polis je? Lelaki ini berkata dia ada terfikir semua tu tapi risau tersilap langkah dan diri sendiri terjerat. Lelaki itu juga akui buntu dan tersepit kerana melihat keluarga besar isterinya tidak bersungguh mahu selesaikan masalah ini.

Apapun, semoga lelaki ini dapat keluar daripada masalah yang boleh dikatakan amat besar. Untuk kita pula, jadikan perkongsian lelaki ini sebagai pengajaran agar keluarga kita tidak tersepit dalam masalah terutamanya hutang.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas