Connect with us

Oh! Media

Bukan Semua Lelaki Mampu Hadap Ujian Ini, Abang Tesla Nasihat Aslam

Oh! Artis

Bukan Semua Lelaki Mampu Hadap Ujian Ini, Abang Tesla Nasihat Aslam

Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla memberikan nasihat kepada Aslam tentang pengalaman beristeri dua yang menimbulkan kontroversi.

ADVERTISEMENT

Malah Abang Tesla juga menghantar isteri pertamanya mengerjakan umrah bersama Umisya, isteri pertama Aslam.

BACA: Marissa Dania Akhirnya ‘Up’ Foto Berdua Dengan Aslam, Seiras Betul!

Menurut laporan mStar, Abang Tesla menasihati Aslam untuk jadi lebih kuat kerana bukan semua lelaki mampu berdepan dengan ujian seperti mereka.

Abang Tesla yang juga mempunyai dua isteri telah memberikan sedikit nasihat sebagai abang kepada adik.

https://www.tiktok.com/@abg.tesla/video/7360556435073142024?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7348008586549986823

Kalau saya cerita lebih pun orang takkan faham jadi cukuplah saya dan Aslam yang tahu apa yang kami bualkan tadi.

Abang Tesla juga memberikan ruang dan peluang kepada isterinya dan Umisya untuk menunaikan ibadah umrah atas tajaan sebuah agensi pelancongan dan umrah.

Katanya, umrah itu akan membuka ruang kepada keduanya untuk bertukar pendapat dan sokongan antara satu sama lain.

Kami biarkan bini-bini nombor satu yang pergi. Sebenarnya mereka perlukan circle untuk lepak bersama berkongsi pandangan.

Jadi kami sebagai suami hanya memberi ruang kepada mereka untuk bergaul dengan circle pertama (isteri pertama).

Sebelum ini, hangat isu Abang Tesla mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai selepas mengumumkan telah berkahwin dua.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas