Connect with us

Oh! Media

Cuaca Tak Menentu & Gaya Hidup Aktif Buat Badan Tak Selesa? Ini Solusi Terbaik!

Sabun mandi terbaik untuk aktif bersukan

Branded

Cuaca Tak Menentu & Gaya Hidup Aktif Buat Badan Tak Selesa? Ini Solusi Terbaik!

Siapa dekat sini kalau penat atau rasa tak selesa sebab panas, terus pergi mandi? Kadang-kadang tu mesti ada rasa gatal pada kulit, betul tak?

Jangan risau, untuk korang yang mengamalkan gaya hidup aktif, ada produk mandian terbaik yang korang kena cuba iaitu Adidas Active Skin & Mind sebab bahan kandungan dalam produk ini telah diuji oleh dermatologi dan atlet sebenar, serta selamat untuk digunakan tau! 

Kalau nak tahu lebih tentang rangkaian produk penjagaan diri ini, jom kami kongsikan!

Bahan Diuji Oleh Dermatologi, Diperakui Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif 

Untuk korang yang mempunyai masalah kulit, mesti korang akan menjadi lebih selektif bila menggunakan sesetengah produk penjagaan diri betul tak? 

Mana taknya, tak semua produk penjagaan diri ni sesuai untuk kulit dan ada yang mungkin akan memberikan kesan kegatalan selepas mandi disebabkan bahan terkandung dalam penghasilan produk. 

Tapi jangan risau tau guys, semua masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan rangkaian penjagaan diri Adidas Active Skin & Mind sebab produk-produk ini diperbuat dengan formula bersih iaitu formula vegan. 

Apa yang membuatkan kami lebih yakin dengan rangkaian Adidas Active Skin & Mind ni adalah ia telah diuji oleh dermatologi dan menunjukkan bahawa rangkaian ini mampu untuk meminimumkan alergen serta sesuai untuk kulit sensitif. Baguskan?

Jadi, siapa yang ada kulit sensitif dan selalu struggle untuk dapatkan produk penjagaan diri yang bagus untuk kulit, anda boleh cuba Adidas Active Skin & Mind!

Diformulasi Dengan Bahan Aktif, Kulit Jadi Kekal Segar & Terhidrat

Selain suhu air, produk mandian yang digunakan pada setiap hari pun menentukan tahap hidrasi pada kulit bergantung pada bahan yang terkandung dalam produk tau. 

Jadi, daripada anda pening kepala cari produk mandian yang betul-betul bagus dan mampu memberikan hidrasi yang optimum pada kulit, baik dapatkan rangkaian penjagaan diri Adidas Active Skin & Mind!

Apa yang membuatkan kami jatuh cinta dengan rangkaian penjagaan diri ini adalah selain memberikan kelembapan pada kulit, ia juga memberi kelegaan hasil daripada bahan aktif Glycero-Hyaluronic Complex. Haa, siapa yang selalu bersenam tu memang sesuai digunakan untuk recovery kulit!

Mengandungi Minyak Pati Semula Jadi, Mampu Merangsang Mood Untuk Jadi Lebih Tenang

Selain untuk membersihkan diri, salah satu sebab kenapa mandi tu penting semestinya untuk mengembalikan tenaga serta mood yang baik betul tak? 

Dengan rangkaian Adidas Active Skin & Mind, kami jamin anda pasti akan rasa lega dan berada dalam mood yang terbaik sebab rangkaian penjagaan diri ini mengandungi minyak pati semula jadi yang boleh merangsang atau menenangkan mood anda tau! 

Lagi-lagi siapa yang selalu bersenam tu, kalau mandi menggunakan Adidas Active Skin & Mind, mesti rasa tenang je sebab dengan adanya minyak pati semula jadi ni, ia mampu memberikan tenaga, menyegarkan seluruh badan dan menenangkan. 

Cintai Alam Sekitar, Adidas Hadir Dengan Reka Bentuk Mesra Alam

Kalau tengok dekat pasaran sekarang ni, hampir semua pembungkusan produk mandian tak menggunakan bahan plastik dan semestinya pembungkusan ini akan dibuang lepas habis digunakan betul tak? 

Bahan ini pastinya berbahaya untuk alam sekitar sebab ia susah untuk mereput dan akan membawa kepada pelbagai jenis pencemaran. 

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, apa kata anda selamatkan alam sekitar dengan menggunakan rangkaian penjagaan diri Adidas Active Skin & Mind sebab produk ini direka dengan 98% bahan formula biodegradasi tau. 

Dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan diri Adidas Active Skin & Mind ni, secara tak langsung kita menjadi lebih bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan menjadi bumi lebih selamat daripada pencemaran. 

Badan Lebih Segar Dengan Adidas Active Skin & Mind!

Fuhh, banyak juga kan manfaat kalau guna rangkaian produk penjagaan diri Adidas Active Skin & Mind ni? Tunggu apa lagi, jom dapatkan sekarang!

Terdapat beberapa varian yang anda boleh pilih untuk gel mandian antaranya Deep Care (Concentrate Complex), Energy Kick (Oren), Skin Detox (Exfoliating Scrub), Pre-Sleep Calm (Lavender), Energy Kick (Lemon) dan Cool Down (Mint).

Manakala 3 pilihan untuk deodoran iaitu Energy Kick (Oren), Pure Fresh (Eucalyptus) dan Instant Cool (Mint). 
Anda boleh dapatkan rangakaian produk penjagaan diri Adidas Active Skin & Mind di kedai berhampiran atau secara dalam talian melalui Watsons dan Shopee.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas